David Beckham dan Posh Terima Baby Girl

Buat pertama kalinya Posh melahirkan baby girl buat keluarga David Beckham. Baby girl ini di namakan Harper Seven Beckham. Sebelu...





Buat pertama kalinya Posh melahirkan baby girl buat keluarga David Beckham. Baby girl ini di namakan Harper Seven Beckham. Sebelum ni David dan Posh ada tiga orang anak lelaki Brooklyn, 11, Romeo, 8, and Cruz, 5. Kelahiran anak ke-4 David Beckham & Posh baru-baru ini benar-benar memberikan impak yang besar pada keluarga mereka. Apakan tidak, Beckham sendiri tidak boleh memegang atau mengendong anaknya jika tangan belum dibersihkan!

Tiga anak lelaki David Beckham sangat mengambil berat pada Harper.

“Tidak ada yang iri hati. Mereka semua sayangkan adik mereka. Satu-satunya konflik yang terjadi di antara anak-anak dan saya hanyalah ketika kami berebut untuk mengendongnya.” ujar David Beckham.

Selain itu, abang-abang Harper juga amat menitikberatkan kebersihan adik kesayangan mereka ini. Kerana menurut mereka, Harper sangatlah sensitif dan mereka tidak akan membiarkan Harper disentuh oleh sebarangan orang jika belum membasuh tangan lagi.

“Anak-anak saya terlalu melindungi adik mereka. Habis ditanya semua orang yang datang kerumah, ‘Tangan sudah bersih atau belum? Tahu tak apa yang perlu dilakukan sebelum kesini? Cuci tangan dahulu dan pastikan ianya bersih.’” ujar Beckham.


ghux.jpg

yippieeeee!! another spice baby is born! hehe ^^

You Might Also Like

10 insan comel komen


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!