Kenali Air Ketuban

Assalamualaikum ^^, Tanpa dikelilingi air ketuban yang cukup, janin akan mempunyai masalah paru-paru mengecut serta masalah postur ...


Assalamualaikum ^^,


Tanpa dikelilingi air ketuban yang cukup, janin akan mempunyai masalah paru-paru mengecut serta masalah postur kerana kaki dan tangannya tidak dapat digerakkan secara normal.

Malah lapisan yang menghalang jangkitan kuman daripada masuk ke dalam rahim dan menjangkiti janin juga telah bocor sekali gus boleh menyebabkan janin dan rahim dijangkiti kuman.



boleh baca kosmo ini juga

Sifat Air Ketuban?

* Lazimnya air ketuban bersifat jernih
* Tidak berwarna atau hampir menyerupai air keruh,
* Tidak pekat seperti lelehan faraj
* Tidak berbau hancing seperti air kencing.
* Ia bersifat cair dan jika terpecah akan membasahi seluar dalam seperti air kencing dan boleh meleleh menuruni kedua2 peha, lebih2 lagi apabila seseorang wanita itu berdiri selepas berbaring seketika (kesan daripada penakungan air ketuban di dalam faraj sewaktu berbaring).
* Warnanya boleh bertukar menjadi kehijauan atau coklat jika bercampur najis janin.





Dari mana air ketuban terhasil?

Air ketuban dihasilkan oleh kedua2, ibu dan kandungannya. Pada trimester ke-3 kehamilan, kebanyakan air ketuban dihasilkan oleh selaput ketuban (membran amnion), kulit, buah pinggang dan saluran pernafasan janin. Jumlah isipadu air ketuban diimbangai oleh penghasilannya dan juga pembuangannya ( melalui proses janin menelan dan serapan usus janin ke dalam aliran darah kembali kepada si ibu).

Kepentingan Air ketuban

Air ketuban mengisi ruang perantara di antara janin, tali pusat dan dinding rahim. Kepentingannya adalah sebagai medium untuk membantu :

* Menyerap kesan hentakan luar (trauma dalam kandungan),
* Menyerap kesan himpitan (sekiranya berlaku pengecutan rahim dan sebgainya) dan
* Menstabilkan suhu persekitarannya
* Bertindak sebagai lapisan pendinding kepada jangkitan daripada luar (Fungsi air ketuban dan selaput ketuban)


Mengapa air ketuban pecah?

Air ketuban boleh pecah sama ada dengan sendirinya atau melalui prosedur tertentu, perhatian dari doktor adalah perlu dalam kedua2 situasi ini. Antara penyebab kepada air ketuban pecah ialah :

* Prosedur memecah air ketuban yg lazimnya dilakukan sewaktu sakit bersalin
* Prosedur tertentu sewaktu hamil seperti amniosintesis (Namun kebiasaannya ia tidak disebut sebagai air ketuban pecah)
* Berlebihan air ketuban dimana rahim menjadi terlalu tegang dan tidak dapat menahan tekanan didalamnya. Keadaan ini dinamakan polihidramnios.
* Kelainan sifat tegar selaput ketuban atau sebaliknya menjadi lemah dan mudah bocor.
* Terdapat pendapat berbeza sama ada jangkitan menyebabkan selaput ketuban lemah dan bocor ataupun sebaliknya, kebocoran selaput ketuban menyebabkan jangkitan.



Apakah risiko air ketuban pecah?

Risiko yg mungkin boleh terjadi sewaktu atau sejurus selepas kebocoran (terutama kepada ibu yg mempunyai masalah polyhydramnios dan kedudukan janin yg tidak normal) ialah :

* Tali pusat jatuh ke dalam faraj (Umbilical Cord prolapse) - boleh menyebabkan bayi lemas. Kebiasaannya tindakan segera yg akan diambil ialah melakukan pembedahan caesarean bagi mengeluarkan bayi.
* Uri Lekang ( abruption plasenta ) - Uri boleh melekang daripada perlekatan pada dinding rahim disebabkan faktor perubahan tekanan yg berlaku secara mendadak akibat daripada kebocoran besar, seperti dalam kes berlebihan air ketuban (polyhydramnios), dimana si ibu boleh mengalami kehilangan darah yg banyak serta boleh membahayakan keselamatan ibu dan janin.


Risiko lain yg boleh berlaku akibat air ketuban pecah ialah :

* Jangkitan kuman (Chorioamnionitis) - Sekiranya air ketuban pecah melebihi 24 jam, kuman boleh menjangkiti air ketuban dan janin (melalui faraj) serta boleh mengakibatkan pneumonia. Ia juga boleh memasuki aliran darah janin dan ibu (sepsis)
* Janin lemas akibat tali pusat terhimpit - Tali pusat akan mudah terhimpit sewaktu pengecutan rahim yg terjadi akibat daripada air ketuban pecah.
* Kelahiran termasuk kelahiran pramatang dan komplikasi berkaitannya termasuk, kesukaran pernafasan ( respiratory distress syndrome) , masalah usus ( necrotizing enterocolitis) , pendarahan otak ( intraventricular haemorrhagel) dan jangkitan darah (septicaemia).
* Kematian sebelum lahir (Stillbirth)
* Kedudukan janin kekal tidak normal -Ini kerana air ketuban memberi ruang untuk janin bergerak dan membetulkan kedudukannya. Kekurangannya boleh menyebab kesukaran atau kegagalan janin membetulkan kedudukannya sendiri ataupun percubaan doktor membetulkan kedudukan janin menggunakan teknik external cephalic version (ECV)
* Meconium aspiration syndrome - dimana kandungan air ketuban yg sedikit menyebabkan najis janin tidak mencair dan meninggikan risiko terhadap bayi sekiranya najis banayk memasuki ruang pernafasan.
* Anggota kaki membengkak pada sendi buku lali akibat meringkuk/terhimpit (congenital talipes, ankylosis)
* Gencatan pertumbuhan paru-paru (fetal lung hypoplasia)

Apakah Tindakan yg perlu diambil sekiranya berhadapan dengan situasi air ketuban pecah?

Air ketuban yg keluar tidak harus dipandang ringan. Sekiranya anda mengesaki air ketuban keluar, segeralah berjumpa doktor untuk pengesahan dan rawatan selanjutnya.

Kekurangan air ketuban memang membimbangkan. Air ketuban memberikan ‘cushion’ dan melindungi bayi dari kecederaan dari hentakan dan memberikan ruang untuk pembesaran, pergerakkan dan pertumbuhan yang normal.

Air ketuban juga merupakan petanda kesihatan bayi secara keseluruhan kerana ia terjadi dari urin yang di rembeskan terus dari buah pinggang bayi. Sumber urin pula dari aliran darah bayi yang bersambung pada uri, organ yang memberikan bekalan oksigen dan nutrien pada bayi semasa dalam rahim.

Biasanya air ketuban berkurangan secara fisiologi pada lewat kehamilan tapi ia cuma kekurangan relatif sahaja disebabkan badan bayi sudah pun memenuhi hampir keseluruhan ruang rahim. Walaubagaimanapun, sekiranya air ketuban kelihatan terlalu kurang, bayi anda mungkin akan terdedah kepada risiko komplikasi seperti kekurangan oksigen dan terbantut tumbesaran.

Sebab sebab kekurangan air ketuban :

* Ketuban pecah sebelum masa
* Masalah pada uri
* Masalah perubatan ibu seperti kencing manis, darah tinggi dll
* Masalah kecacatan bayi seperti buah pinggang, jantung, jangkitan kuman dan kecacatan genetik. 




Sekiranya kekurangan air ketuban tidak begitu teruk, minum air secukupnya dan rehat mungkin boleh menolong. Sekiranya kandungan anda masih muda, doktor akan memantau dengan teliti keadaan bayi anda dengan membuat pemeriksaan US dengan lebih kerap untuk memastikan jumlah air ketuban tidak turun secara mendadak.

Sekiranya anda sudahpun pada lewat kehamilan, doktor selalunya akan menyarankan ‘ induce’ untuk mengurangkan insiden bayi lemas. Semasa tempoh bersalin, kekurangan air ketuban memberikan risiko kekurangan oksigen pada bayi disebabkan tali pusat yang tertekan semasa kontraksi. Sekiranya ia terlalu kurang atau tiada langsung, kelahiran secara pembedahan mungkin disarankan.


Terima Kasih sudi membaca sedikit ilmu ^^


You Might Also Like

28 insan comel komen

  1. kalau air ketuban pecah selalu utk org bersalin je.heheh.thanks for info jijah =) jemput dtg kenduri ya =)

    ReplyDelete
  2. xpernah tgk rupa air ketuban..huhu.

    ReplyDelete
  3. hebat ciptaanNYA.....

    bagus utk semua tahu ni

    ReplyDelete
  4. mcm sram je nk beranak pinak ni,,huhu,,neway,,tengs 4 sharing k..

    ReplyDelete
  5. akak dulu doc yg pchkan air ketuban.. lps dh pch tu.. mulalah sakit nk meneran tu dah mula terasa.. nk trcabut urat2 rasanya.... hihii

    ReplyDelete
  6. kus semangat..btol la semalam yang keluar time afzal tdo tu bukan air ketuban afzal

    ReplyDelete
  7. Salam, Jijah.. Info yang sangat baik... Mohon share ye?

    ReplyDelete
  8. nuyui a.k.a miss YUI: nanti yui mengandung dan akan bersalin yui tahu la nanti..hehe

    ReplyDelete
  9. afzalsukasuki:chett! suka main2 kan...tu air kencing..eee xmalu kencing atas tilam! hohoho

    ReplyDelete
  10. citra: boleh..silakan share..sharing is loving!

    ReplyDelete
  11. info yg bagus cik jijah..=)

    ReplyDelete
  12. Ilmu yg sgt berguna!
    pls come n visit ya akak,:)
    my url: yanayang.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. tq for sharing sys ! nice info.

    ReplyDelete
  14. :) tak sabar nak lalui pengalaman ni

    ReplyDelete
  15. bayi dalam kandungan sgt mngagumkan.. ^_^

    ReplyDelete
  16. Terima kasih... jemput ke blog saya k...

    ReplyDelete
  17. tibe tibe rase masuk kelas medic lak ni..baguslah ade misi cam jijah selalu share info dan tips kesihatan..leh jijah jadi misi personal fiza nanti :p free consultant..boleh?hehehe

    ReplyDelete
  18. Nice info.... Seronok membacanya.... Tks fr sharing.... :)

    ReplyDelete
  19. best baca benda2 cmni..tambah2 kalau ada kaitan psl ibu mengandung ke..psl perkahwinan ke..hehehehehee

    ReplyDelete
  20. info yang bagus kepada yang tak tahu...tambah ilmu...

    ReplyDelete
  21. owh lambat lagi nak pecah ni..hehe

    banyak input ni, thanks jijah ^^

    ReplyDelete
  22. perghhhh ! ta tdo mlmm bce ni !
    *nk brslin jgk :P

    ReplyDelete
  23. bagus entri utk msa hadapn shida nnt :)

    ReplyDelete
  24. take note yer..nanti kalau korang nak bersalin ke pregnant ke rujuk la entry jijah ni balik :)

    ReplyDelete
  25. mcamna nak tau yg keluar tu air ketuban

    ReplyDelete
  26. @Love Vitamin macam tajuk sifat air ketuban tu la.. warna jernih..
    Ia bersifat cair dan jika terpecah akan membasahi seluar dalam seperti air kencing dan boleh meleleh menuruni kedua2 peha..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!