abg ben ashaari
AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??
1:10:00 PMJOM JOIN SEGMEN ABG BEN
Berikan satu cerita yang menginsafkan korang tentang kematian yang boleh dikongsikan bersama pembaca blog korang dan juga pembaca baru ..
disebabkan daku seorang nurse, jadi daku nak kongsikan cerita yang dapat menginsafkan kita semua mengenai kematian! kalian tahu kan penyakit batuk kering? pasti semua tahu kan atau nama lainnya TB.
ok..biasa lah dalam hospital pasti ada penyakit ni! gerun??? tak lah..cuma sebagai anggota kesihatan protection itu penting!
1 pesakit melayu berusia 40an telah di masukkan dalam hospital..selain mengalami penyakit TB..pakcik ni juga sebenarnya bekas penagih dadah yang di jangkiti HIV..keadaan sangat teruk! kurus kering..pucat lesi sangat-sangat! serta mengalami penyakit kulit...pesakit diletakkan dalam bilik pengasingan kerana penyakit ni akan merebak melalui udara!
daku gelarkan pakcik A..kalau masuk bilik dia je pasti dia akan bersembang-sembang dengan daku..walaupon dia sakit tapi tetap ramah..setiap jam kami melakukan pemeriksaan pada dia..hingga suatu hari dia mengalami batuk berdarah..doktor telah diberitahui dan memberi rawatan.
daku teringat dia membawa duit yang banyak ke hospital.. beberapa helai keping duit RM50,RM10,RM5 tapi bersamaan 2 ribu ringgit! daku bertanya mana pakcik dapat duit banyak-banyak ni? dia kata berniaga tapi daku tahu pasti die berniaga dadah! wallahualam..
disebabkan pihak hospital tak boleh simpan duit pesakit lama-lama jadi kami memanggil kakaknya untuk ambil duit tu.. rasanya itu kali terakhir daku berjumpa dengan pakcik A.
tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit ni tetapi ubat anti virus dapat melambatkan proses penyakit! pesakit ni berbulan tinggal di hospital..semakin lama semakin lemah.. hinggakan pada suatu hari pesakit ni diam seorang diri dalam bilik...bila panggil langsung tiada respon,mahu mengambil darah pun tak dapat... hinggakan doktor mengesahkan kematiannya! semua ahli keluarganya di panggil untuk mengambil mayat.. sehingga kakaknya berjumpa kami mengatakan sebelum hayat arwah dia beria-ia nak bunga untuk diletakkan dalam bilik nya..kakak dia beli tapi yang besar punya...dan akhirnya selepas arwah pergi..kakaknya menghadiahkan bunga tersebut dalam wad kami sebagai penghargaan.
moralnya : batuk kering akan menyerang tak kira kaum namun paling berisiko ialah pesakit yang mereka yang di jangkiti HIV/AIDS, pemabuk dan penagih dadah!
batuk kering merebak melalui udara! pastikan jika sesorang batuk atau bersin di hadapan kalian,kalian hendaklah menutup mulut.. kerana kita tak tahu samada beliau mengalami batuk kering atau tidak.
lagi 1..jangan lah kalian mengambil dadah! kerana penyakit HIV/Aids akan melemahkan seluruh anggota badan kalian tu..dan tiada ubat untuk merawati kecuali MATI!
4 insan comel komen
uhuk uhuk uhuk . gi lari jauh2 . hehe ;p
ReplyDeletehahahaah..ape ingat akak giler trafik tul2 ke?? hahahaah abg ben ni ha...
ReplyDeletewaaa da join segmen ni ya ;)
ReplyDeletewah...giler trafik ni..hehe..
ReplyDeletejom sama-sama tambah trafik...
happy blogging.
BLOG HAZMIN
Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!