♥eCINTA
Kenapa COUPLE selalu bergaduh?
11:22:00 PM
Assalamualaikum kalian :)
"Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri."
Itu adalah antara lirik lagu dari Tan Sri P.Ramlee. Ada tak diantara kita yang bercouple,bercinta, dan tak pernah bergaduh? Tak pernah berselisih faham walaupon sedikit? Ada??
Wah…kalau ada pasangan yang perfect gitu, tahniah!! tolonglah bagitahu kat cik jijah di sini. Boleh berkongsi tips untuk mengelakkan bergaduh.
walaupon kami hampir 9 tahun bercinta! bergaduh?? pasti ada walaupon sekecil sekalipon! kadang-kadang hampir setiap hari bergaduh...dasyat tak dasyat kami ni...huhu nak-nak kami bercinta jarak jauh..
Kenapa ye kita bergaduh? Kadang-kadang tu, sebabnya yang sekecil-kecil kuman pon boleh menjadi punca pergaduhan.
Meh sini daku senaraikan serba sedikit punca-punca kecil yang daku pernah rasa dan boleh jadi penyebab pergaduhan itu:
1. Pasangan tak call – si dia nak kita call setiap masa – waktu nak keluar ofis, bila dah sampai ofis, nak balik rumah, nak makan, nak keluar rumah, nak baca buku, nak itu nak itu..setiap saat pasti kena report.. aduhai..
2. Pasangan terlupa nak reply sms – wah..kalau terlupa nak reply sms, ada yang merajuk seharian tau. Kononnya dah lupakan dia lah, ada orang lain lah, dan macam-macam lagi.. percaya tak?
3. Pasangan tak cakap I love u – yela kata orang, kalau nak tunjuk tanda sayang, cakap I love.. sekali terlupa cakap.. alahai merajuk pula si dia
4. Tersalah pilih tempat makan – Si dia nak makan nasi goreng pataya yang sedap di kedai anu, sekali bila pergi ke kedai tu, tukang masak cuti, tukang masak lain yang ganti… aduhai
5. Pasangan terlupa tarikh-tarikh tertentu - ini lagi masalah besar.. lebih-lebih lagi kalau tarikh tu ada sentimental value untuk si dia.. mau perang dingin dibuatnya.. aduhaii… payah betul macam ni.. apa salahnya saling mengingatkan
6. Pakai baju tak matching kaler – Jalan-jalan di pasaraya, nampak couple lain pakai pakaian warna sedondon. Kemudian dikaitkan dengan tak sehati sejiwa.. aduhai
7. Apabila mengungkit kisah lama- ini mestilah ada mengungkit kisah lama..dulu si dia pernah curang kita tak boleh terima hakikat..jadi sehingga sekarang kalau dia berkawan dengan perempuan pasti kita teringat kecurangan dia tu.
8. Duit - sedangkan suami isteri pun ada bergaduh pasal duit kan..ini pasangan..kadang-kadang pasangan mengungkit dia je banyak keluar duit...kena belanja itu ini..
9. Nasihat - dia memang nasihat kita macam-macam..tapi biasalah masuk telinga kiri keluar telinga kanan..kadang-kadang tak mahu dengar cakap dia..degil..mahu tak angin si dia tu..
10. Melawan - ini dia..lelaki pantang betul kalau sesiapa melawan cakap dia..mula lah baran naik ke muka...
Kalian pernah tak bergaduh dengan pasangan kalian di atas sebab-sebab di atas?
Jadi kalian dapat fikirkan tak, apa lagi benda-benda kecil yang boleh menyebabkan pergaduhan dalam bercouple ni?
3 insan comel komen
no 2 tu pernah,boleh pulak anne terlupa nak tekan SEND.hahaha
ReplyDeleteerk pakai baju tak match pon boleh gado?berkira sangat kot tu..haha
:)
anne~ hahaa akak selalu buat..heheh mmg bgadooh pon..huhuhu
ReplyDeletepakai baju tak match mst si pompuan cerewet sgt tu...hehe mesti nk sedondon..
Yg no 9 tu...slalu sgt...cm ne nk hilangkn masalah degil ni...
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!