Awas, jangan salah pilih orang!

kalian..... Seringkali kita mendengar masalah percintaan berlaku di sebabkan kecurangan dan juga salah paham. Mengapa eh semua ni berla...

kalian.....

Seringkali kita mendengar masalah percintaan berlaku di sebabkan kecurangan dan juga salah paham. Mengapa eh semua ni berlaku?? Ada kemungkinan kalian sebenarnya bercinta dengan orang tak sepatutnya.. Bukannya kita boleh tahu siapa jodoh kita kan..tetapi kita boleh agak adakah pasangan yang dipilih itu sesuai untuk kalian??
Jangan sesekali kalian terlibat dalam konflik bercinta dengan orang yang salah kerana di akhir cerita, kalian juga yang akan merana kerana cinta tidak kesampaian..


Simpati

Jangan sesekali kalian melibatkan diri dengan tabiat ini kerana bersimpati dengan orang yang sepatutnya memang di galakkan tetapi apabila kalian berasa kesian dengan orang yang salah kalian akan mendapat padah.
Mulanya kalian tak suka pada si jejaka/gadis tetapi disebabkan kesian dan tidak tak sampai hati melihat kesusahan keadaan diriny,kalian terpaksa menerimanya juga

Atas Dasar Kawan

Elakkan bercinta dengan pasangan kalian kerana termakan pujukan rakan. Jika si jejaka/gadis orang yang elok dan bertanggungjawab maka tidak mustahil untuk kalian memilihnya. Tetapi jika si teruna/gadis jenis orang yang bermasalah sedangkan pada waktu itu kalian sudah berpasangan dengannya maka kalian akan menyesal kelak.

Masa yang Singkat

Perkenalan untuk tempoh jangka masa yang lama amat penting untuk mengenal hati budi pasangan masing-masing kerana ada kalanya perangai manusia tidak dapat di tafsirkan dan di lihat dalam masa yang singkat. Ada juga kemungkinan perhubungan yang di jalinkan sepanjang tempoh itu belum lagi matang dan terdapat lagi kekurangan yang belum di tunjukkan oleh pasangan kalian..

Percubaan

Perkara ini memang tak sepatutnya berlaku kerana bercinta bukannya perkara mainan yang boleh di cuba-cuba. Kadangkala tabiat ni akan membuatkan kalian jatuh cinta kepadanya tanpa disangka-sangka sedangkan dari mula perkenalan kalian memang tak mahu menjalin apa-apa hubungan dengannya.

Kesan Negatif

Kalian akan berada di dalam dilema dan kemungkinan mendapat tekanan kerana kecelaruan perasaan antara suka dan simpati serta merosakkan hubungan antara kalian dengan lelaki berkenaan yang sebelum ini merupakan kenalan baik tanpa sebarang masalah serius.

You Might Also Like

2 insan comel komen

  1. kak..saye tak cukup besar lagi nak bcinte..huhuk..

    ReplyDelete
  2. sitot~ hahaha adik tak payah bercinta lagi..nanti slah pilih orang myesal pulak! hehehe

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!