Menyayangi Seseorang

Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika kalian meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana...


  1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika kalian meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa
  2. Sayangi dia seadanya. Dia sememangnya yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terpikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali kalian bergaduh, selamanya kalian akan terus mengubah dirinya. Tentu kalian masih ingat, kalian terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk kalian mengubah dia untuk menjadi orang lain bukan.
  3. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan kalian merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta kalian kerana kelak yang kalian akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
  4. Yakinkan diri kalian tu akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telah pun cukup sempurna semenjak kalian mula terpikat padanya..
  5. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kalian juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan kalian akan sentiasa meletakkan diri kalian di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika kalian sendiri tidak dapat menerimanya apatah lagi dia kan.
  6. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kalian mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tetapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari yang terakhir untuk kalian berdua.


You Might Also Like

6 insan comel komen

  1. amboi jijah..hahah...dari hari tu, jiwang kemain dy punya entry..hee

    ReplyDelete
  2. scha minat entry yg ad tips tips nh :)hopefully kak jijah n cik abg berkekalan . amin :) doakan scha n ady ye :)

    ReplyDelete
  3. nazrul~ heheh biasalah org bercinta..ekeke

    ReplyDelete
  4. scha~ mekasih dear..InsyaAllah..akak doakn kebahgiaan kamu jugak yunk..

    ReplyDelete
  5. waaa....tips2 yang berguna nie....harus take note nie...hehe...

    salam perkenalan...^_^

    saye follow blog awak~ ^_^

    ReplyDelete
  6. myra~ slm pkenalan...

    mekasih dear..selamat beramal :D

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!