Petua Penjagaan Kuku

Kuku Rosak Ada banyak faktor menyebabkan kuku tidak sihat. Selain trauma kecederaan atau tabiat menggigit kuku, jangkitan juga boleh men...

Kuku Rosak


Ada banyak faktor menyebabkan kuku tidak sihat. Selain trauma kecederaan atau tabiat menggigit kuku, jangkitan juga boleh menjadi satu faktor mengapa kuku tidak sihat. Fungus pada kuku menyebabkan perubahan warna, tekstur dan bentuk kuku. Jangkitan bakteria boleh menyebabkan perubahan warna dan jika jangkitan itu serius kalian mungkin hilang nail plate (lapisan kuku paling atas).

Kuku juga boleh rosak sebagai tanda kaitannya dengan penyakit kronik seperti berikut:
  • Sakit berkaitan hati – Kuku yang berwarna putih
  • Sakit buah pinggang – Kuku yang separuh berwarna pink dan separuh berwarna putih
  • Sakit jantung – Nail bed berwarna merah
  • Sakit paru-paru – Kuku berwarna kuning, tebal dan lambat panjang
  • Kurang darah (anemia) – Kuku berwarna pucat
  • Diabetes – Kuku berwarna kuning dan sedikit kemerahan di pangkalnya
Petua Penjagaan Kuku Tangan dan Kaki
  • Guna losyen tangan lepas selesai membuat kerja rumah seperti membasuh pinggan.
  • Rajin urut cuticles supaya kuku naik dengan baik.
  • Makan banyak buah-buahan dan protein.
  • Ambil makanan tambahan jika rasa pengambilan diet seharian tidak cukup, ia bukan saja untuk kuku tapi untuk seluruh tubuh.
  • Penjagaan kuku kaki dan tangan sedikit berbeza. Kaki harus discrub untuk membuang tumit keras terutama di tumit.
  • Basuh kaki setiap hari menggunakan sabun terutama di celah jari dan keringkan sebaiknya.
  • Jangan potong kuku terlalu pendek dan jangan mengorek cekam kerana ia akan mendatangkan rasa sakit.
  • Jika kalian berstokin, tukar setiap hari, jangan pakai stokin yang terlalu ketat atau singkat.
  • Pakai kasut yang sesuai dengan saiz kalian. Mereka yang memakai kasut ketat sebenarnya menzalimi kaki sendiri. Kaki yang tersumbat dalam kasut ketat menyebabkan pertumbuhan kuku juga terjejas. Ia akan menyebabkan jangkitan bakteria apatah lagi memakainya dalam masa lama dan kerap.
  • Sesetengah orang cepat berpeluh, justeru pertimbangkan untuk memakai kasut yang diperbuat daripada kulit atau kanvas tapi bukan sintetik. Sandal mungkin sesuai.
  • Bagus jika kalian boleh bertukar kasut setiap hari.
  • Sapukan bedak khas untuk kaki.
  • Jika berhadapan dengan masalah cekam yang serius dan membimbangkan, jumpa doktor jangan cuba mengoreknya.



ihsan google


You Might Also Like

4 insan comel komen

  1. nice info cik azizah .

    kalau free, jom la join segmen anna .

    http://farhanmardhiah.blogspot.com/2011/03/segmen-jom-join-bloglist-anna-mardhiah.html

    ReplyDelete
  2. kak zizah , afie kena cengkam
    dua2 blah jari dh kne cabut
    ni dah kne blik , mls nk g t kne cbut lagi

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!