♥eTIPS
Meramal Pergerakan tubuh
12:18:00 AMAssalamualaikum ^^
Orang tua-tua zaman dulu selalu mengaitkan sesuatu perkara dengan alamat kan.. maksudnya melalui gerak tubuh. Apa yang pasti orang tua-tua dulu banyak meramal melalui pengalaman-pengalaman yang lalu. Mungkin lah disebabkan banyak kebetulan berlaku berdasarkan alamat tersebut jadi mereka mempercayai setiap alamat itu. Ia boleh kita jadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai semata-mata ya..
Kadang-kadang kita juga mengalami alamat tersebut dan sedaya upaya mencari apa makna di sebalik alamat tersebut kan! kalian jangan tipu ya! daku tahu kalian pon mahu tahu apa alamat yang selalu kalian rasakan melalui pergerakan tubuh yang dihadapi.
Ini dia sedikit tips-tips pergerakan tubuh yang boleh diramalkan tetapi INGAT jangan mempercayai 100% ok!
Kelopak mata kanan bergerak – beroleh keamanan.
Kelopak mata kiri bergerak – melihat perempuan
Kelopak mata kiri ke atas bergerak – ada orang akan berjalan jauh.
Kelopak mata kiri dibawah bergerak – hendak menangis
Ekor mata kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.
Ekor mata kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.
Biji mata kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta
Biji mata kiri bergerak-gerak – gembira dihati
Umbun bergerak – berbahagia pada hari tersebut
Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan
Bibir bawah bergerak = akan menangis.
Waktu subuh kepala kita bergerak – beroleh kerja yang baik.
Siku kanan bergerak-gerak – beroleh kebahagiaan.
Siku kiri bergerak-gerak – orang yang mengasihi kita akan datang
Pelipis telinga bergerak – alami kebahagiaan.
Telinga bergerakakan – berkelahi
Kepala bergerak – ada orang menyakiti hati kita
Kepala bergerak ke kiri – beroleh kebesaran.
Bahu kanan bergerak-gerak – harta hendak datang
Bahu kiri bergerah-gerak – bakal berjumpa pembesar/ketua.
Lengan kanan bergerak-gerak – akan sakit kepala.
Lengan kiri bergerak-gerak – beroleh harta
Pipi kanan bergerak-gerak – alamat sakit mata.
Pipi kiri bergerak-gerak – sentiasa bahagia.
~SEMOGA KALIAN BEROLEH KEBAHAGIAAN~
3 insan comel komen
keh3 ;p hehehe
ReplyDeletenak gerakkan lengan kiri..:P
ReplyDeletehttp://twins-detwin93.blogspot.com/2011/03/segmen-saya-blogger-remaja.html
jijah..baca tu..
hihi ye ke nih? :) anyway thanks for sharing dear..:)
ReplyDeletemeh ke rumah,
~happy birthday damia~
keep in touch ye..♥♥♥
Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!