Menangani Rasa Lapar

Menangani rasa lapar amat penting untuk memastikan berat badan terkawal..Rasa lapar merupakan perkara normal bagi seseorang yang cuba...






Menangani rasa lapar amat penting untuk memastikan berat badan terkawal..Rasa lapar merupakan perkara normal bagi seseorang yang cuba menghadkan pengambilan makanan. Kalian disarankan untuk mengetahui punca sebenar rasa lapar tersebut sama ada disebabkan faktor psikologi atau fizikal dan mengetahui bagaimana untuk mengatasinya. Ramai antara kita yang makan ketika lapar. Sungguhpun tidak benar-benar lapar, namun mereka tetap cenderung mengambil makanan mengikut jadual makan yang telah dibiasakan sejak kecil lagi.

Makan yang berpunca faktor psikologi merupakan satu lagi penyakit atau tabiat makan berlebihan ketika seseorang bersedih,tertekan malah gembira. Tahukah kalian, lapar disebabkan faktor psikologi amat berbahaya kerana ia mempunyai pengaruh dan pembangkit nafsu makan kalian. Cuba fikir kembali, apa yang menyebabkan kalian makan secara berlebihan dan bagaimanakah cara menghentikan tabiat tersebut? Apa yang kalian harus lakukan demi memastikan perhatian kalian tidak hanya terarah pada makanan semata-mata??
  • Pastikan setiap hidangan harian kalian mempunyai kandungan protein dan makanan rendah lemak. Perbanyakan kudapan ringan seperti 'popcorn', kismis atau kekacang sementara menunggu waktu makan sebenar. Makanan sebegini membantu kalian berasa kenyang tanpa meningkatkan kadar kalori dalam tubuh secara keterlaluan.
  • Selain itu, kalian juga boleh memperbanyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan segar yang kaya dengan kandungan serat dan tinggi kandungan airnya. Kalau boleh, jadikan makanan jenis ini sebagai snek sehari-hari terutamanya ketika perut terasa lapar.
  • Rasa lapar yang keterlaluan menyebabkan kalian cenderung makan melebihi kuantiti yang sepatutnya. Jadi untuk mengelakkannya, kalian dinasihatkan makan sebelum perut benar-benar lapar. Kebanyakan kita berpendapat golongan wanita cenderung makan berlebihan sekembalinya mereka dan tempat kerja. Nafsu makan akan melonjak tatkala menyediakan makanan buat keluarga, apatah lagi kalian sememangnya benar-benar lapar ketika itu. Jadi, sebagai langkah mengawal diri, kalian dinasihatkan untuk mengisi perut terlebih dahulu dengan mengambil yogurt rendah lemak atau buah-buahan sebelum pulang ke rumah.



You Might Also Like

4 insan comel komen

  1. cik nurse ni...banyak betul tips dia..berpinar mata..hee

    ReplyDelete
  2. hahaha....ape boleh buat byk sgt tip2..info2...xpe..sharing is loving :) ilmu tu...ngeeeee

    ReplyDelete
  3. tip yang sngt berguna untuk saya yang mudah lapar bila kat kolej..nice..

    ReplyDelete
  4. @liyana; hehe bagus2..amalkan yer..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!