Makanan Ringan katakan TIDAK!!

Ada yang membuat tanggapan bahawa semakin kalian kurang makan semakin sihat tubuh badan kalian.. Betul ke?? Tapi yang pasti sekiranya kalia...


Ada yang membuat tanggapan bahawa semakin kalian kurang makan semakin sihat tubuh badan kalian.. Betul ke?? Tapi yang pasti sekiranya kalian mengalami sesuatu penyakit jangan cari apa yang perlu dimakan untuk memulihkan penyakit sebaliknya carilah apa yang kalian selalu makan yang menyebabkan punca penyakit.

Sekarang ini banyak penyakit mula "menyerang" mangsanya tanpa mengira jantina,usia, dan latar belakang. Kebanyakan penyakit ini disebabkan oleh faktor pemakanan yang kita ambil mudah mengenainya. Salah satu penyumbang terbesar ialah pengambilan makanan ringan atau snek!

Oleh itu amat penting sekiranya kita tangani gejala ini sejak dari awal lagi.. 
Tapi bagaimana caranya??
Mudah jer....
Asalkan kalian mengikuti strategi yang disediakan...




1. Lazimnya makanan ringan lebih enak daripada makanan berkhasiat dan kerana itulah kalian lebih berselera untuk menikmatinya. Sebaiknya elakkan dari terpengaruh dengan iklan makanan ringan walaupun pada pandangan mata makanan tu sungguh meyelerakan..nyum..nyum..

2. Amalkan budaya membaca kandungan nutrien pada setiap produk supaya kalian boleh menilai sama ada kandungan makanan itu berkhasiat atau tidak.

3. Walau sesibuk mana pun kalian, jangan biasakan diri dengan membeli makanan yang siap dalam tin. Hal ni boleh mendorong kalian tidak memperdulikan lagi makanan seimbang asalkan menjimatkan masa dalam penyediaan.

4. Makanan ringan boleh membuatkan kamu ketagih. Contohnya eh produk minuman bergas yang mengandungi 14 sudu teh gula,pewarna kimia, dan kafein bagi setiap botol yang besar. Sememangnya minuman sebegini tidak berkhasiat tetapi disebabkan rasanya yang sedap ia menjadi kegemaran.. betulkan kalian...

5. Banyakkan membaca atau mencari maklumat tentang makanan ringan. Dengan ini kalian akan tahu keburukan makanan seumpama ni..

6. Latih diri masak di rumah dan bawa bekal makanan samaada ke kuliah atau ke tempat kerja.

7.Pilih kawan yang tidak "obses" dengan makanan ringan. Ini kerana bermula dengan ajakan kawan boleh mengundang kalian kepada ketagihan terhadap makanan ringan.

8. Kerap melakukan senaman dan jangan lupa catat juga berat badan serta ukuran lilitan pinggang,paha dan pinggul. Ini membolehkan kalian mengenal pasti 'punca' jika berat badan berlebihan. Maklumlah makanan ringan ni di anggap sebagai 'pembuka selera'.

9. Jika teringin sangat untuk merasa makanan ringan,di bolehkan.. Asalkan pengambilannya dalam kuantiti yang sedikit. Setelah makan,segeralah minum air masak bagi membolehkan segala kandungan makan tersebut disingkirkan daripada tubuh..

10. Banyakkan pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Ini kerana makanan yang berkhasiat memberi kesan kenyang dalam tempoh yang lama dan apabila perut rasa kenyang kalian tidak akan tergoda dengan makanan ringan.. Percayalah...

info untuk semua :)
jika berguna silalah share..




You Might Also Like

8 insan comel komen

  1. alamak..dh la suka mkn fast food...adesss

    ReplyDelete
  2. fiqa~ hehee tu la...boleh makan tapi jgn amalkan selalu ya..bahaya!

    ReplyDelete
  3. tp.......tue la yg fyna suke..
    ;)

    ReplyDelete
  4. fyna~ nak sihat kan....sesekali boleh la kot..hehee

    ReplyDelete
  5. waahhh MCD my favorite kuu!!! tidaakkkk!!~~~~~

    http://biru-malam.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. bro~ kawal2...sedap tu..tapi tak baik utk kesihatan...huhu

    ReplyDelete
  7. tuu laa pasal!.. huhuuu tibe tibe teringin lak. hehehe.. JOM RFC!!!

    ReplyDelete
  8. hahaha.. KFC pon tak leh bro...
    sume takleh..ape yg boleh ek...hehehe

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!