♥eMEDIK
eMEDIK: Info mengenai BATUK
10:00:00 AM
Pengenalan
Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.
Sebab-sebab batuk
- Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
- Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
- Alahan
- Asma
- Merokok
- Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
- Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
- Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
- Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
- Tekanan
- Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.
Rawatan
- Kebanyakan batuk tidak berbahaya.
- Rawatan di rumah membolehkan kalian berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.
- Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering dan kerap.
- Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.
- Berhenti merokok
- Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya perlu
- Penyediaan ubat batuk boleh membantu menghilangkan batuk. Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu expectorants yang mana ia membantu mengeluarkan kahak dan suppressants untuk melegakan batuk dan ia sesuai untuk batuk yang kering.
Bila kalian perlu berjumpa doktor?
- Batuk yang mengeluarkan darah
- Baru pulang dari perjalanan luar negara
- Batuk berterusan lebih daripada dua minggu
- Semput / sesak nafas, sakit dada
- Demam yang berpanjangan
- Mengandung
- Bintik / tompokan darah di bawah kulit (petechiae)
- Sakit atau bengkak pada sendi (tulang-temulang)
- Keluar lendir dan luka pada bahagian kemaluan
Pencegahan
- Amalkan tabiat kebersihan yang baik
- Minum banyak air
- Tangani tekanan dengan baik
- Elakkan berada berhampiran dengan orang yang terkena batuk dan selesema
- Jangan merokok dan elakkan terdedah kepada asap rokok
- Dapatkan suntikan influenza bila diperlukan
- Dapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya kalian menghidap asma dan penyakit paru-paru (COPD)
2 insan comel komen
thanks 4 sharing jijah..=)
ReplyDeleteamal~ mekasih dear...harap2 kesihatan kita terjaga :D
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!