2 Bulan Bonus Kakitangan Awam Gesa Cuepacs

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus ...






Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawar awam tahun ni.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berharap kerajaan depat sediakan bonus sebulan sebelum Hari Raya dan sebulan selepas sambutan perayaan itu.

Cuepacs berharap berita baik itu di umumkan tidak lama lagi.

"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah di harapkan tahun ni kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,"



Cuepacs beberapa kali telah membuat permohonan kepada kerajaan agar mempertimbangkan pemberian bonus tersebut selepas Cuepacs sendiri menerima banyak permintaan dari penjawat awam agar mereka mendapat bonus.

Tetapi terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan untuk memutuskannya dan Cuepacs berharap agar ia dapat dipertimbangkan memandangkan keadaan ekonomi negara semakin menyakinkan.

You Might Also Like

3 insan comel komen

  1. bonus!bonus!bonus! hoho http://www.geekintherainbow.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. harap2 ade la rezeki penjawat awam..yeay!amin ^^

    ReplyDelete
  3. ifa athirah: hohoho nak bonus. nak jugak!


    pot pet ila: Amin. harap2 ade rezeki seblm raya ni.

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!