selebriti
Amy Search Terkejut Nabila Mahu Cerai
8:00:00 PM
Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy ternyata terkejut dengan keputusan anaknya, Nabila Huda, 27, yang ingin memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, selepas tiga tahun berumah tangga.
Amy yang dihubungi mStar Online berkata, dia hanya tahu mengenai tindakan anaknya yang merupakan seorang pelakon itu selepas membaca laporan di sebuah akhbar.
"Saya baru tahu tentang hal ini (mahu cerai). Itu pun selepas membaca akhbar hari ini (Selasa) yang melaporkan tentang tuntutan cerai anak saya.
"Memang saya terkejut dengan hal ini dan saya enggan memberi komen lebih-lebih kerana belum berjumpa dengan Nabila lagi," katanya.
Ditanya adakah dia tahu selama ini Nabila mempunyai masalah rumah tangga, kata Amy, dia sekadar mendengar khabar angin sahaja tentang pergolakan rumah tangga anaknya itu tetapi tidak menganggapnya serius.
Sementara itu Nabila yang dihubungi tidak dapat memberi sebarang komen dengan alasan sibuk di lokasi penggambaran.
Nabila pada Rabu telah mengunjungi Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dekat sini untuk membuat permohonan cerai.
Bagaimanapun dia tidak dapat meneruskan hasratnya itu kerana terlupa membawa sijil nikahnya.
Hasil perkahwinannya Nabila dikurniakan seorang cahaya mata bernama Keisha Lalila yang kini berusia lebih setahun.
sumber: mstar
11 insan comel komen
jap je da 3 tahun ye die kahwin..
ReplyDeletesemoga diorang boleh bincang dengan baik, jangan la sampai bercerai berai..
anak kecik lagi..
dugaan ni..
ReplyDeletela nabila huda nak bercerai ke...bru taw gak ni...hehee
ReplyDeletemcm2 kes org nk bercerai berai ni..
ReplyDeletehuhuhu ..
ReplyDeletebyknye kes cerai .. =,=
tk semua rh sia..bapak dia tau.. ermm...
ReplyDeletexpe la
ReplyDeletekeluarga rock
sama le dgn papanya dulu...
ReplyDeleteAmy nak komen lebeh-lebeh pun tak sesuai.. dulu dia juga rajin....
ReplyDeleteLagipun itu hak anak dia...
Macam--macam...
baru tau gak ni..huhu
ReplyDeletebaru retis..hehe
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!