2 Penyamun Perkosa Pembantu Rumah

Seorang wanita terkejut apabila dimaklumkan pembantu rumahnya dirogol bergilir-gilir dua lelaki bertopeng yang menceroboh kediaman me...






Seorang wanita terkejut apabila dimaklumkan pembantu rumahnya dirogol bergilir-gilir dua lelaki bertopeng yang menceroboh kediaman mereka, di Bandar Mahkota Cheras, di sini

Menurut sumber, wanita terbabit yang terjaga daripada tidur kira-kira jam 5 pagi selepas terdengar bunyi amahnya yang juga warga Indonesia berusia awal 30-an sedang menangis teresak-esak di dapur rumah.

Wanita berusia 51 tahun itu kemudian menanyakan punca sebenar mangsa menangis, namun pembantu rumah itu tidak menjawab dan hanya menangis.

Sebaik didesak, mangsa mengaku diperkosa dua lelaki bertopeng yang mahu menyamun rumah majikannya itu.

“Sebelum kejadian, mangsa yang sedang tidur dikejutkan bunyi salakan anjing majikannya kira-kira jam 2.30 pagi di belakang rumah dan cuba memeriksa apa yang berlaku sebelum tiba-tiba didatangi dua lelaki bertopeng yang kemudian mengacu pisau di lehernya. 


“Seorang daripada suspek mengugut akan mencederakan mangsa jika membuat bising dan mengarahkannya menuruti segala kemahuan mereka,” katanya. 


Menurutnya, suspek turut mengugut akan menyamun rumah majikannya itu sekiranya dia enggan memuaskan nafsu mereka berdua.

Suspek kemudian memaksa mangsa membawa mereka ke biliknya sebelum merogol mangsa.

“Mangsa hanya mampu berserah dan membiarkan dua lelaki terbabit melampiaskan nafsu mereka kerana bimbang sesuatu yang lebih buruk akan berlaku berikutan suspek bersenjata,” katanya. 

Beliau berkata, selepas selesai merogol, suspek terus beredar meninggalkan mangsa dan rumah berkenaan tanpa mengambil barangan berharga dari rumah itu.

Majikan terbabit yang terkejut dengan kejadian itu terus membawa mangsa ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.


tak dapat barang berharga. merogol pon jadi. macam binatang! grrr!!

You Might Also Like

14 insan comel komen

  1. org sekarang nih mcm2...
    takut kekadang!

    ReplyDelete
  2. jijah, bg ayung no fhone..ayung nak call, nk tnya pasal mekap

    pm kat misz.ayung@gmail.com

    komen nih xyah publish tau!

    ReplyDelete
  3. waaaa...lelaki sekarang..mcm2

    ReplyDelete
  4. Kesian laa.. Sanggup korbankan diri untuk majikan..

    Penyamun sekarang memang kejam..

    ReplyDelete
  5. perompak tu dapat 'barang' yang lebih berharga.. kesian pembantu rumah tu

    ReplyDelete
  6. elok la tu
    bulan puasa buat dosa

    ReplyDelete
  7. diorang pecah masuk rumah sbb nak rogol? huhu..manusia ke binatang ni..

    ReplyDelete
  8. teruk lah lelaki zamn skg nih huhu..myalahgunakn snjta mreka..gilerr!!!!

    ReplyDelete
  9. alamak.. risaunya... ayesha duduk kat area sane..

    ReplyDelete
  10. eii menakutkan,penyamun2 tu tkde keja agaknya..ishh jahat betui la

    ReplyDelete
  11. tu la tak dapat harta karun..rogol pon jadi..sengal betol la penyamun tu!

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!