♥eMEDIK
♥tip-tips perkahwinan
♥Tips Pregnancy
Pembentukkan Anak Kembar
2:00:00 PM
Kehamilan kembar secara amnya memberikan lebih risiko kepada ibu dan janinnya dari waktu kehamilan sehinggalah selepas kelahiran kelak. Kehamilan kembar boleh berlaku dengan lebih kerap dalam keadaan seperti usia wanita yang meningkat melebihi 35 tahun, keturunan, pengambilan ubat kesuburan dan bangsa Afrika. Wanita Asia mempunyai risiko paling rendah untuk mendapatkan kehamilan kembar berbanding wanita Afrika mahupun wanita negara Barat berkulit putih.
Selepas persenyawaan satu ovum (benih wanita) oleh satu sperma (benih lelaki), ia menghasilkan satu embrio awal yang dinamakan zigot.
Kembar lahir daripada persenyawaan dua ovum oleh dua sperma yang berbeza untuk menghasilkan dua zigot yang berbeza komposisi genetiknya.
Kembar seiras pula lazimnya berasal daripada satu zigot saja yang kemudian terasing menjadi dua embrio kembar. Memandangkan kedua-dua kembar ini berasal daripada embrio yang sama, bukan saja rupa mereka sama, jantinanya juga sama kerana mereka mempunyai komposisi percampuran genetik ibu dan ayah yang sama atau hampir sama. Cuma apabila diuji, uniknya cap jari mereka masih berbeza.
Di dalam dunia perubatan, kehamilan kembar ini lebih dikenali sebagai Kembar Seiras Mono-zigotik.
Pembentukan anak kembar seiras terjadi apabila satu embrio membahagi kepada dua embrio [rujuk rajah bawah a)] yang berasingan pada peringkat awal perkembangan embrio. Kedua-dua embrio ini akan berkembang dan membentuk dua fetus berasingan di dalam uterus (rahim) ibu. Setiap fetus yang berada di dalam uterus ibu mempunyai tali pusat sendiri tetapi berkongsi satu plasenta (uri). Oleh kerana kembar seiras berasal daripada satu embrio, maka hanya satu sperma dan satu ovum yang terlibat dalam persenyawaan untuk membentuk zigot. Ini menyebabkan kembar seiras serupa dari segi kandungan genetik dan sifat fizikalnya termasuk jantina.
Kembar mono-zigotik tidak dipengaruhi pengambilan ubat kesuburan, usia, bangsa dan keturunan. Dalam setiap kitaran haid wanita, sudah ada sekumpulan ovum yang bersedia untuk membesar, cuma lazimnya hanya satu ovum saja yang akan terus membesar dan keluar (melalui ovulasi) untuk disenyawakan. Ini membuahkan kehamilan dalam sekitar 15 peratus wanita saja pada sesuatu kitaran, selebihnya tidak dan berakhir dengan kedatangan haid. Itulah sebabnya kebanyakan wanita hamil dengan seorang janin saja, hanya kadangkala terdapat lebih daripada satu ovum yang mengalami ovulasi (dipengaruhi faktor di atas).
2. Kembar Tak Seiras (Dizygotic)
Anak kembar tak seiras terjadi apabila dua ovum dibebaskan [rujuk gambar atas b)] serentak semasa proses pengovulan. Setiap ovum ini disenyawakan oleh satu sperma. Maka, dua zigot terbentuk. Kedua-dua zigot akan berkembang membentuk dua fetus yang masing-masing mempunyai plasenta dan tali pusatnya sendiri. Dua anak akan dilahirkan pada akhir tempoh kehamilan. Kedua-dua anak ini tidak sama dari segi kandungan genetik kerana berasal daripada dua ovum dan dua sperma yang berlainan. Rupa dan jantina kedua-dua anak ini mungkin sama atau berbeza. Maka, kembar jenis ini disebut sebagai kembar tak seiras.
Anak kembar tak seiras terjadi apabila dua ovum dibebaskan [rujuk gambar atas b)] serentak semasa proses pengovulan. Setiap ovum ini disenyawakan oleh satu sperma. Maka, dua zigot terbentuk. Kedua-dua zigot akan berkembang membentuk dua fetus yang masing-masing mempunyai plasenta dan tali pusatnya sendiri. Dua anak akan dilahirkan pada akhir tempoh kehamilan. Kedua-dua anak ini tidak sama dari segi kandungan genetik kerana berasal daripada dua ovum dan dua sperma yang berlainan. Rupa dan jantina kedua-dua anak ini mungkin sama atau berbeza. Maka, kembar jenis ini disebut sebagai kembar tak seiras.
3. Kembar Siam
Sekiranya pembahagian satu embrio berlaku dengan lengkap, maka anak kembar seiras terhasil. Walau bagaimanapun, kadangkala pembahagian embrio berlaku dengan tidak sempurna. Ini menyebabkan kedua-dua embrio masih terlekat antara satu sama lain pada bahagian tertentu. Dalam keadaan ini, kedua-dua embrio akan membentuk dua fetus yang masih terlekat pada bahagian kepala, dada, punggung, ataupun di bahagian perut. Anak kembar ini dikenali sebagai kembar siam. Biasanya kembar siam dikeluarkan dari uterus ibu melalui pembedahan. Kembar siam mungkin berkongsi satu jantung, otak atau organ lain. Pakar pembedahan boleh melakukan pembedahan ke atas kembar siam untuk memisahkan kedua-duanya. Namun, pembedahan seperti ini mempunyai risiko yang tinggi.
Dalam keadaan bilangan telur yang dihasilkan melebihi, doktor mungkin akan membatalkan rawatan permanian berhadas (IUI) serta menghalang persenyawaan secara menasihatkan pasangan menggunakan kondom ataupun bertukar kepada rawatan persenyawaan tabung uji (IVF). Ini kerana, dalam rawatan IVF, doktor dapat mengawal kemasukan bilangan embrio ke dalam ruang rahim. Lazimnya untuk usia 29 tahun, hanya satu atau maksimum dua saja embrio akan dimasukkan, selebihnya akan dibekukan. Itupun masih meningkatkan risiko kehamilan kembar dua atau kembar tiga, empat dan seterusnya jika embrio yang sama membahagi atau terpisah kepada dua lagi embrio.
Ubat kesuburan tidak meningkatkan risiko kehamilan kembar mono-zigotik (seiras genetiknya). Namun, anda masih berpeluang sedikit untuk mendapatkan kembar seiras rupa fizikalnya walaupun berasal daripada zigot berlainan, cuma masih berbeza komposisi genetiknya. Ini kerana anak-anak, sama ada dilahirkan serentak secara kembar mahupun berlainan masa atau tahun adik-beradik, masih lagi membawa genetik ayah dan ibunya. Ini dapat dilihat pada sesetengah keluarga yang mempunyai anak kecil yang sangat menyerupai abang atau kakaknya.
Jika anda atau pasangan dilahirkan kembar maka peratusan untuk mendapat anak kembar adalah sangat tinggi. Bagaimanapun bukan bermakna mereka yang tidak mempunyai keturunan kembar tidak berpeluang untuk mendapat anak kembar. Segalanya boleh berlaku dengan keizinan dari Allah SWT selain bantuan pelbagai teknologi perubatan yang semakin canggih.
24 insan comel komen
amboi akak..
ReplyDeletenak anak cepat lahh tu..
haha =p
klo gitu nk kawen ngan pempuan
yg lahir kembar lah kn..
teringat lakk bio time
form 5 dulu..haha =)
tq sy baca... nak sgt dpt anak kembar..mesti best kan..
ReplyDeletehaa,ini pun yui xleh nk bc habis ni..heheheh..
ReplyDeleteOoo... ingatkan kembar siam tu orang siam saja..
ReplyDeleteHe..he..he.. gurau saja.. WuMing juga pernah belajar tentang ini..
Tq... :)
cm mana nk dpt kembar ni =)
ReplyDeleteInfo ni best lah,cik jururawat!!!!
ReplyDeleteya Allah. besarnya kuasa tuhan yang mencipta kan.:)
ReplyDeletetq dear for info..
ReplyDeletedlu belajar masa zaman sekolah, ingat2 lupa dah...ngeeee
nice info.. bila tgk en3 ni, rsa mcm blajar balik nota form4 & form5 dulu tu ^^
ReplyDeletehehe ha belajar balik tau! sekadar pengetahuan untuk korang semua..
ReplyDeletewahhhh! memang patut lah si jijah ni jd nurse..heeee
ReplyDeletelaskar pelangi: kahkahkahkah ade gaya eh..lalala
ReplyDeletegenetik memainkan peranan penting kalau nak dapat kembar ni..huhu..sedih, xde harapan kot..
ReplyDeletetapi best kan kalau ade anak kembar,,
ReplyDeletemira selalu doa supaya mira dapat anak kembar bile dh khawn nnti..haha
nak anak kembar lalala
ReplyDeletehehehe.. cam best je dapat anak kembar.. anti dah kawen saya pon nk biken anak kembar la.. hehehe
ReplyDeleteigt sggh blog kementerian kesihatan malaysia td
ReplyDeletebelajar sains hari ni..hehe
ReplyDeleteya..arini kita belajar sains o bio masa form4 n 5 yer...dr cikgu misi jijah..weee~~
ReplyDeleteterbelog: no no no..bukan KKM punya laman web ya cik abg! ni cik azizah's blog. kahkahkah
ReplyDeleteoouh sudah jelas :)
ReplyDeletehehehe ..
hebat akak nurse ni ..
tak silap msa f3 ke f5 de bljar sains yg ni kan jiejah..
ReplyDeletep/s: xcnter camne tu dear?? cer tnjuk sikit jd cmne..pastu yg kata tulisan xnmpk..cer tjuk ea..lau leh tlg,yui tlg =)
ReplyDeleteYunk! Bestnye hehe
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!