Bayi 3 bulan mati tersedak susu

MOHAMAD NUR IFFAN, meninggal tersedak susu. Abang lihat darah bercampur susu mengalir dari hidung mangsa PADANG BESAR: “Sedih, s...



MOHAMAD NUR IFFAN, meninggal tersedak susu.

MOHAMAD NUR IFFAN, meninggal tersedak susu.
Abang lihat darah bercampur susu mengalir dari hidung mangsa

PADANG BESAR: “Sedih, sebak dan sayu. Hanya Tuhan tahu perasaan saya apabila melihat tubuh Nur Iffan yang sudah tidak bernyawa itu. Saya hanya mampu peluk tubuh Nur Iffan yang kecil dan cium dia berkali-kali. Itu semua sudah terlambat kerana dia pergi meninggalkan kami.
“Kedatangan Aidilfitri yang hanya berapa lama lagi ini tidak bermakna buat kami sekeluarga, namun saya reda dengan apa yang terjadi,” kata Ramlah Ibrahim, 27, ibu Mohamad Nur Iffan Md Yussof, tiga bulan, yang meninggal dunia awal pagi semalam, dipercayai kerana tersedak susu ketika tidur.
Tambah menyayat hati, pemergian bayi lelaki yang juga anak bongsu lima beradik itu ketika umat Islam semakin hampir menyambut kedatangan Aidilfitri yang bakal menjelang dalam tempoh kurang dua minggu lagi.

Berdasarkan maklumat, Mohamad Nur Iffan disedari mengalami pendarahan pada hidung jam 3 pagi, sejurus ibunya tersedar daripada tidur di rumah mereka di Taman Sri Tunjung, Beseri.

Terdahulu, Mohamad Nur Iffan dikatakan tidur bersama ibunya selepas diberi susu badan kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.

Ramlah hanya menyedari bayinya tidak bernafas selepas dikejutkan anak sulung berusia 12 tahun yang melihat darah bercampur susu mengalir dari hidung bayi itu. 
Katanya, dia dan suami, Md Yussof Md Amin, 48, baru bercadang membelikan Mohamad Nur Iffan baju raya kerana sukar berbuat demikian disebabkan tubuh bayi itu agak kecil berikutan lahir tidak cukup bulan. 

“Saya masih ingat senyuman yang disertai ketawa riang Nur Iffan ketika dia dimandikan petang semalam (kelmarin), sedangkan sebelum ini dia tidak pernah ketawa sebegitu,” katanya 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kes terbabit yang dibuat bapa mangsa kira-kira jam 5 pagi semalam. 

“Kes diklasifikasikan mati mengejut. Bagaimanapun, kita sedang menunggu hasil laporan bedah siasat ke atas mangsa untuk mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah atau khianat dalam kes terbabit,” katanya. 



rasanya ni bukan tersedak susu badan sebab susu badan adalah susu yg senang di hadam oleh bayi tetapi mungkin masa tidur secara tak perasan ibu tindih bayi nak-nak bayi premature pula.



You Might Also Like

13 insan comel komen

  1. comel budaknye..semoga ditempatkan di syurga ..

    ReplyDelete
  2. dah takdir tertulis baby ni smpai penhujungnya kan..Al Fatihah..

    ReplyDelete
  3. semoga keluarga itu tabah.. Al-fatihah

    ReplyDelete
  4. takziahlah kat mohd. nur iffan itu . :'(

    ReplyDelete
  5. Harap ibu dan bapanya tabah mengharungi dugaan ini..

    ReplyDelete
  6. jijah lebih pakar hal ni
    mungkin btl juga tekaan jijah
    tertindih tu

    ReplyDelete
  7. innalillah..sedihnye..huhu..tak leh bayangkan perasaan family arwah..

    kalau tersedak susu keluar darah ke cik jijah?bahaya kan..parent kena letak baby dekat katil asing rasenye..huhu

    ReplyDelete
  8. huhu sedih kot dgr brite cmni..dh byk blaku skg..

    ReplyDelete
  9. ngah isap susu badan ker? mcmn leh tersedak...
    xkan mak dia xpersn, mcm pelik jer..
    pape pun takziah pakcik ucapkan, ni semua ujian Allah pada hambanya...

    ReplyDelete
  10. meremang bulu roma baca... takutnya lah.. mesti sedih yang amat parent dia kan...

    teringat kat alisha...

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!