Berbelanja saat terakhir berjimat atau tidak?

Sedar tak sedar,akhirnya Ramadhan sudah hampir memasuki hari terakhir, terasa cepat betul masa berlalu. Berlalunya Ramadhan maka kita baka...


Sedar tak sedar,akhirnya Ramadhan sudah hampir memasuki hari terakhir, terasa cepat betul masa berlalu. Berlalunya Ramadhan maka kita bakal meraikan kedatangan Syawal yang mulia.

Lagu lagu raya sudah mula berkumandang di radio dan jijah pasti sudah ramai blogger mula sibuk membuat persiapan raya . Ada yang memilih membuat persiapan pada saat saat akhir selain menanti peluang detik peniaga melelong barangan pada hari akhir jualan.




Jijah tengok ramai lebih suka membeli belah dan membuat persiapan menyambut hari raya pada saat saat terakhir. jalan penuh sesak. sebab masa-masa begini lah harga lebih murah kerana peniaga berlumba-lumba untuk menghabiskan jualan masing-masing. ye dak?

harga lebih murah dari biasa dengan pelbagai pilihan yang ada.jadi kita perlu buat perancangan dan persiapan lebih awal dari segi perbelanjaan bagi mengatasi segala masalah. 

pastikan juga korang tak mudah terpengaruh dengan promosi atau diskaun yang di tawarkan. hati-hati ketika memilih dan rancang terlebih dulu barangan mana yang di perlukan.




Tips ringkas ketika berbelanja

1. Pastikan korang membeli ikut keperluan. pilih barangan yang perlu atau penting je. 
2. Hindari membeli barangan yang tidak ada kena mengena untuk korang menyambut hari raya 
3. Tidak perlu bawa wang tunai yang banyak. Mencukupi dengan jumlah untuk membeli barangan perlu sahaja. 
4. Pastikan tidak membawa kad kredit ketika keluar membeli barang. 
5. Pastikan korang tidak terpengaruh atau terikut ikut dengan promosi yang di tawarkan. 
6. Teliti barang sebelum pilih terlebih dulu sehingga benar-benar puas hati. 
7. Jangan mudah rambang mata dan minta pandangan orang lain jika tak tahu yang mana satu terbaik. 
8. Senaraikan barangan yang mahu di beli. jadi kita tidak tersasar dengan membeli barang yang tiada dalam senarai.


selamat menyambut lebaran dan selamat berbelanja ^^

You Might Also Like

33 insan comel komen

  1. sblm beebelanje kne bajet dlu siap2.. klw lari bajet kn susah :)

    ReplyDelete
  2. satu apa pun tak beli lagi ni...hahaha

    ReplyDelete
  3. bgus tips nih jiejah hehe ^_^
    eh jiejah..dah berbelanja blum nih?

    ReplyDelete
  4. tak suka shopping last minute. tak suka shopping raya la senang cerita. haha

    ReplyDelete
  5. sama je..kalau last minit biasanya banyak diskaun jadi banyak la yg kita beli..kalau awal2 x de diskaun jadi kita beringat la jugak nak berbelanja lebih pun fikir banyak kali..

    ReplyDelete
  6. cik jijah ,
    klu nak shopping time tak pose , bru ler smngt nak jln lme2 . hehehe . :)

    ReplyDelete
  7. Salam...jika memang dirancang utk berbelanja di saat akhir mungkin boleh menjimatkan tetapi jika berbelanja di saat akhir tanpa dirancang mungkin menjadikan semuanya kelam kabut, tergesa-gesa dan silap2 tertipu akibat kesuntukan masa utk berfikir panjang.

    ReplyDelete
  8. slalu dh set awal2 nk beli apa b4 kuar.. klau x nanti terlebih blanja plak, huh...

    ReplyDelete
  9. shida'R: lom berbelanja raya lagi ni yunk. sabtu ni baru nak p jalan2..hehe

    ReplyDelete
  10. sy laa tu, suke beli last minute. kik3 thnks for the tips jijah :)

    ReplyDelete
  11. shopping last minute kelam kabut. confirm ramai orang kat shopping mall sbb barang ada yg less sampai 50%.. semua berebut nak beli. hehe.

    ReplyDelete
  12. choki pom suke tengok orang soping last minit nie . banyak je orang . sampai tak sempat nafas . hehe

    :)

    ReplyDelete
  13. hehe tahu xpe. tapi harga betol2 less masa tu..

    ReplyDelete
  14. huhu..tak shopping lagi ni..sabtu ni baru nak on...

    ReplyDelete
  15. wanie jenih yg rambang mata..then last2 ape pun tak beli..huhu..ni tak tau la bile lagi nak p shopping..

    ReplyDelete
  16. sama gak
    x beli ape2 pun lg ni jijah :)

    ReplyDelete
  17. Tia tak turun shopping pun :)

    ReplyDelete
  18. Sungguh cantik kain pelekat,
    dipakai orang pergi ke pekan.
    hari raya semakin dekat,
    silap dan salah mohon dimaafkan.

    Selamat Hari Raya aidilfitri
    maaf zahir batin wanzi seisi keluarga.. Jika ada terkasar bahasa..

    ReplyDelete
  19. tudung raye x beli lg..tp mcm malas la nak bersesak dekat jalan tar hari nie..huhu

    thanks for da tips!

    ReplyDelete
  20. nice tips.. mmg kena belanja berhemah sebab takut lepas raya duit pun habis.. hihihi..

    Cik Azizah, Selamat Hari Raya.. Zana mohon ampun & maaf sekiranya ada tersalah kata & terkasar bahasa sepanjang perkenalan kita dalam dunia blog ni.. semoga lebaran kali ni lebih bermakan untuk kita semua.. take care.. Salam lebaran penuh ikhlas dari Zana Adieyza Sekeluarga..

    ReplyDelete
  21. Memang time laa pasaraya pun buat banyak offer..

    Thanks for the tips..

    Walaupun tak raya... tapi info tuu..
    Boleh pakai juga...

    ReplyDelete
  22. alamak! lambat la ss baca tips jijah ni. ss dah beli banyak dah ni. acane ni? huhuhu

    ReplyDelete
  23. tips berguna tp yui dh beli isnin lepas..

    jpg nk cr tudung lak =)

    ReplyDelete
  24. tahun nie raya biasa je,xdelah luar biasa sgt mcm selalu..haha :p

    ReplyDelete
  25. aah betol3..
    mmg kena set siap2 buat list..
    kang over bajet pulok :P

    ReplyDelete
  26. Haha, memang kekdang terlajak berbelanja :p

    Selamat hari raya maaf zahir batin :)

    ReplyDelete
  27. aini mmg suka shoppng last minitt...hehehe selamat hari raya,.=)

    ReplyDelete
  28. x sempat nak g shopping raya lagi

    waa

    ReplyDelete
  29. beli apa yg ptt je ni...jijah pun kena ingt tu ye..jgn dia lak yg shoping sakan nnt..kih kih kih

    ReplyDelete
  30. zana adieyza: betol tu kak. takut lepas raya byk duit nak guna pulak..hehe selamat hari raya jugak kak. ampun maaf d pinta.. 0-0 yer.hehe

    ReplyDelete
  31. arulchelsea: kahkahkah xlah. jijah bkan jenis rambang mata..ngeee~~ bawak duit cukup2 makan je. lalala

    ReplyDelete
  32. berbelanja mengikut keperluan, bukan kehendak..
    kdg2 cunndaa pun suka shoping last minit gak...sbb nak tggu abg n kakak balik..boleh paw..kikiki

    ReplyDelete
  33. cunndaa: wah untung la ada abg kakak leh paw...hehe

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!