berita terkini
Anak bunuh bapa bawa dua parang
10:00:00 AM
KUALA NERANG: Suspek yang menetak bapanya sehingga mati dilihat berkeliaran sambil memegang dua bilah parang tanpa arah tujuan sebelum melarikan diri ke kawasan hutan sebaik mendengar bunyi enjin motosikal di Kampung Paya Terap semalam
Lelaki berusia 33 tahun itu, yang masih bujang dan turut didapati memakai baju T berwarna coklat dan berseluar pendek, berjalan mundar-mandir sebelum bersandar pada tembok pagar sebuah rumah
Penduduk, Wan Fatimah Megat Yaakob, 49, berkata sebelum itu dia pergi ke kebun getah bersama suaminya dan meninggalkan anak perempuannya, Nurul Ain Zulaika Jaafar, 9, di rumah dengan abangnya.
Menurutnya, sebaik mereka keluar, Nurul Ain mendakwa ternampak melalui tingkap kelibat seorang lelaki berjalan dengan berkaki ayam berhampiran rumah sambil memegang sebilah parang di belakang leher seperti mencari sesuatu.
“Anak memberitahu tiba-tiba lelaki itu berhenti pada sebatang tiang sebelum berpatah balik dan ketika itu dia ternampak sebilah parang lagi terikat pada pinggang suspek yang berambut panjang selain kelihatan seperti kepenatan.
“Dia (anak) berasa pelik melihat lelaki itu kerana lain daripada lain, di samping tidak pernah melihatnya sebelum ini lalu bertindak mendiamkan diri di dalam rumah dan menghubungi saya untuk memaklumkan kejadian.
“Memang saya menasihatkan anak supaya jangan keluar rumah serta mengunci pintu kerana bimbang berlaku kejadian buruk,” katanya
Menurutnya, dia juga berasa bimbang dengan kehadiran lelaki terbabit di kampung berkenaan kerana menimbulkan ketakutan penduduk.
Katanya, lelaki terbabit didapati melarikan diri semula ke dalam hutan berhampiran kampung ini, dipercayai menyembunyikan diri, selepas mendengar bunyi enjin motosikal menghampirinya.
“Bimbang berlaku kejadian lebih buruk, suami kemudian memaklumkan pihak berkuasa berhubung kehadiran suspek di kampung ini yang terletak tujuh kilometer dari rumah lelaki itu,” katanya.
Harian Metro semalam melaporkan, seorang lelaki menetak bapanya, Saman Sirun, 60, hingga mati manakala ibunya cedera di kepala ketika cuba meleraikan pergaduhan, dipercayai akibat marah kepada kucing yang berkeliaran menjelang waktu berbuka puasa.
sadis baca harian metro semalam. rupanya lelaki ni mengalami gangguan mental sehingga menetak bapanya menyebabkan kaki kanannya putus dari atas buku lali.
7 insan comel komen
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteIsh! Sebab kucing pun boleh jadi mcm ni, apalah yg menghasut kan. Bulan puasa ni tak ada syaitan pun nak hasut-hasut.
ReplyDeletemaisarah khalisah: tu la sbb kucing je pon time nak buka pose tu..kesian..
ReplyDeletenurmaisarah ismail: gangguan mental la syg...emm malang sungguh makayah itu..
masalah mental memang mcm tu..apa sebab pun bleh jd bunuh..
ReplyDeleteishh...musim bunuh dan rogol ke skrg ni..
ReplyDeletemacam2 kes dengar...
takut....
smg kita dijauhkan daripada semua ni
sepatutnya kita yang sihat ni cepat bertindak sebelum yang tak sihat tu bertindak keatas kita.
ReplyDeletekiz: bapak dia dah bertindak selamatkan orang lain tapi terkena jugak. dah ajal dia kan..
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!