1. Berbuka secara ringan - Kadangkala, sakit perut sewaktu berpuasa bukan disebabkan gastrik, tetapi tabiat makan seseorang apabila berbuka. Pesakit harus makan sedikit demi sedikit secara berperingkat-peringkat apabila berbuka supaya perut yang sehari berehat tidak "terkejut" Sebaiknya berbuka dengan makanan yang ringan seperti kurma, air kosong, buah-buahan atau sup rendah lemak. Berehat seketika dengan menunaikan solat Maghrib, kemudian bolehlah mengambil makanan lebih berat.
2. Tidak berbuka terlalu berat - Apabila waktu berbuka, ramai yang memulakan suapan dengan makanan berat dan bersifat kompleks yang boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman. Karbohidrat daripada nasi putih cepat ditukarkan ke bentuk gula (tenaga). Jika mahu makan nasi putih, pastikan kuantitinya sama banyak dengan sayur yang berfungsi sebagai penapis untuk melambatkan proses penukaran karbohidrat ke gula.
3. Makan makanan yang mengandungi sulfur - Ramai beranggapan serangan gastrik lebih kerap berlaku pada bulan Ramadan kerana apabila tiada makanan, tahap keasidan dalam perut bertambah. Anggapan ini kurang tepat kerana apabila berpuasa, keseluruhan sistem penghadaman kita berehat, bermakna rembesan asid hidroklorik dalam perut akan menurun. Jadi seharusnya tidak timbul masalah sakit atau senak akibat keasidan perut yang tinggi. Seeloknya banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti brokoli, kubis dan bawang putih.
4. Elak minum minuman berkafein ketika berbuka - Elakkan dari minum minuman berkafein ketika berbuka contohnya seperti kopi, teh atau nescafe. Ini kerana ia mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif. Bagaimanapun ia boleh diambil selepas solat terawih bukannya ketika berbuka.
5. Elak makanan tinggi lemak - Elakkan makan makanan kompleks dan mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng. Ia akan menjejaskan kelancaran sistem pencernaan dan tidak hairanlah ramai mengadu sakit perut selepas berbuka. Seeloknya ambilah lauk atau juadah berbuka puasa yang rendah lemak
6. Makan secara sederhana - Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya, jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah. Makan secara sederhana, secukupnya dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebaik-baiknya, berhenti makan sebelum kenyang.
23 insan comel komen
hehe..tips berguna ni..
ReplyDeletejgn suke2 kata gastrik xleh nak posela apa la yer.. ngeh3..
err..kalu makan pil puase mesti ta de gastrik :P
ReplyDeletenasib baik farid tak penah
ReplyDeletekene..jadi leh je telan ape2
pun nk berbuka nnti..hahahaha..
telan meja kerusi pun bolehhh
ekekeke..
thanks sharing kak..
=)
bagus tips nie...
ReplyDeleteditujukan pade kaum laki...
bln2 pose dorg yg bnyk gastrik..
hahaha..dah bese makan berat2 masa berbuka nga sahur
ReplyDeletegastrik bkn alasan tdk berpuasakn...:)
ReplyDeletebtw...salam perkenalan..;)
sy gastrik tp ttp puasa..
ReplyDeletetime sahur lepas mkn nasi minum nesvita confirm perot ok :)
nasib baik, kita takde gastrik. syukur, alhamdulillah. :)
ReplyDeleteWah, terima kasih atas perkongsian maklumat itu. Hehe, patutlah saya kekadang gastrik, sebab bila je berbuka terus makan apa yang ada, macam dah balas dendam HAHA.
ReplyDeletethanx for sharing this! saya selalu sakit perot huhuhu :(
ReplyDeleteBaru taw Brokoli tu ada unsur sulfur
ReplyDeletehaha.. bagus tul yang last sekali tu.. baru ada pengajaran
ReplyDeleteBlog jijah pun dah ad perubahan sedikit ya.. :)
ReplyDelete~jijah, pa beza no 1 and 2? hehehe.
Tau tak, kat tmpt bakery lana ni, ada je org laki, masuk selamba, beli roti n air..ramai lak tu.. takkan semua gastrik gak..gasak betoi depa ni..hurmm..
gastrik mengejut bnyk buln2 pose ni..
ReplyDeletewahhh bagus nihh!
ReplyDeleteboleh bgtau kat mak cikpija, sian dia gastrik :(
sy ade ubat tok gastrik ni.. mbr sy dah cube n terbukti berkesan.. sepanjang berpuasa ni jrg dah dia nak kne gastrik....
ReplyDeleteterima kasih semua drop komen..selamat beramal yer..
ReplyDeletewah ini serius tips ug sngt berkuna.. aku selalu berbuka dgn teh o ice.. tapi sofar tak pernah kena lgi..tq nice tips..
ReplyDeletenice tips jiejah..shida flu kuat nih tp BW juga kat blog2 fav hehe :)
ReplyDeleteowh ya.. nseb baek xpernah kena :) selalu time berbuka sara juz mkn kurma n minum air then solat.. pastu baru le mkn :)
ReplyDeletethanks kak info tang gastrik nih ..
ReplyDeleteno hal...suka berkongsi ilmu ni..
ReplyDeletearmouris:
ReplyDeletemaceh...jijah terjah sana!
Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!