Murid mati makan juadah berbuka

by - 7:56:00 AM



MERU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.


Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama.


Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati.

Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.

Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.


“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih,” katanya. 





Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan. 



“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.


“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.




Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.



Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya.



Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin.



Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang. 



p/s: kesiannya kan. kalau jijah dah saman dah peniaga tu. semalam pon masa jijah keje malam ada 2 kes masuk sebab cirit birit muntah. kalau tak naya lah orang lain yang membeli nanti.



You May Also Like

16 insan comel komen

  1. ya ALLAH,tktnya mcm tu..

    al-Fatihah utk arwah..

    ReplyDelete
  2. macam2 la.. kita patut jaga2 lebih... lg senang, xyah beli, masak sndiri... dh terjamin kebersihan..

    ReplyDelete
  3. ya Allah..sedih ar..
    x nk lahh pi ABC ngan otak2..
    huh..adik menjul kat bazar..
    mmg ade jabtan kesihatan dtg..
    mmg semua dy cek..
    huh..sedih kot keluarga tu

    ReplyDelete
  4. sedihnya Ya Allah..
    mmg berdosa besar penjaja tu..
    Tapi tu laa, nak dijadikan sbb
    kematian.. Kematian itu pasti cuma sbb yg berbeza je kan..
    Dugaan bulan Ramadhan..

    ReplyDelete
  5. innalillah...
    takziah untuk keluaraga..

    akak pun serik dah nak beli sejak
    maisara cirit birit kemarin..
    serik sangt2 dah..

    ReplyDelete
  6. alfatihah..kesiannye..peniaga sepatutnye jaga la makanan yang dijual..bila dah jadi macam ni..kan dah susahkan semua pihak..

    ReplyDelete
  7. alahai.. siannye budak tu.. T__T

    ReplyDelete
  8. Boleh sebak woo baca cerita ini... Orang ada anak sendiri saja faham perasaan ibu dan bapa ketika itu..

    WuMing harap ibu dan bapanya sabar menghadapinya.

    Ibu dan bapa sanggup hilang apa saja kecuali anak mereka.

    ReplyDelete
  9. Ya .. Allah takutnya ... takut la bila pikir anak2 akak pulak.. eii... tak mau beli la...

    ReplyDelete
  10. sedih dgn berita ni kan.. x sangka sampai boleh jadi macam ni.. peniaga lain patutnya jadikan isu ni sebagai iktibar.. jgnlah terlalu pentingkan keuntungan sampai boleh meragut nyawa org lain..

    ReplyDelete
  11. ya Allah meru tu dkt je ngn tmpat sy .. huhuhu ..
    seramnye .. sbb tu sy tak bape suka p bazar ..
    takot pnjual tu kotoq atau pemalas..

    ReplyDelete
  12. kesian le saya baca berita ni...apa makanan yang dia makan tu..patut disiasat peniaga tu...kalau ada org lain pun kena sama memang sah mknan dia tercemar...

    ReplyDelete
  13. yup..jijah takut ni pakai santau makanan je..kesiannya kan..tak pasal2 mati tetiba...tak baik betol lah peniaga tu!

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!