Polis siasat punca remaja parah dibaling topi keledar oleh Polis

6:40:00 AM 2 Comments A+ a-



Polis telah memulakan siasatan berhubung dakwaan seorang remaja, Muhammad Solihin Che Kassim, 14, yang dikatakan koma selepas dibaling dengan topi keledar oleh dua anggota polis ketika melakukan rondaan di Kampung Felcra Lubuk Sireh, Chuping, Perlis Sabtu lalu.
Sehubungan itu, Pemangku Ketua Polis Perlis, Supritendan Mohd. Nashir Ya berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan melalui perbuatan yang merbahayakan nyawa manusia.
Katanya, siasatan dibuat selepas pihaknya menerima tiga laporan daripada pihak-pihak terlibat iaitu bapa mangsa, Che Kassim Darus, 41, satu daripada anggota polis yang dikatakan membaling topi keledar kepada mangsa dan satu lagi laporan daripada seorang polis trafik.
“Keterangan saksi-saksi sedang dikumpul sebelum membuat rumusan mengenai kes tersebut,” katanya ketika ditemui selepas melawat Muhammad Solihin di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini semalam.
Akhbar sebelum ini melaporkan Che Kassim mendakwa anaknya cedera parah di kepala akibat terkena topi keledar yang dibaling oleh anggota polis sewaktu menjalankan rondaan pukul 9.40 malam Sabtu lalu.

All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

2 insan comel komen

Write insan comel komen
alif haris
AUTHOR
8/13/2011 9:48 AM delete

ahaa amek tiga paku sudah turun ..

hish .. mcm2 betul skrg ni ..

Reply
avatar
Cik Azizah
AUTHOR
8/13/2011 5:24 PM delete

macam2 kan kes skrg ni..menakutkan..

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!