Mangsa Samun Nahas Ambulans

Anak mangsa samun, nahas ambulans terkilan ibu meninggal dua minggu sebelum Aidilfitri   “Saya terkilan dengan apa yang terjad...


KEADAAN ambulans terbabit nahas mengakibatkan pesakit warga tua meninggal  di persimpangan Seri Negeri-MITC.

Anak mangsa samun, nahas ambulans terkilan ibu meninggal dua minggu sebelum Aidilfitri 


“Saya terkilan dengan apa yang terjadi kerana ibu pergi meninggalkan kami kira-kira dua minggu lagi sebelum Aidilfitri,” kata Zaidi Senan, 43, anak kepada Mariam Baba, 73, yang meninggal dunia di Hospital Melaka di sini, pagi semalam selepas ambulans yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Ayer Keroh dekat sini, malam Isnin lalu.
Zaidi yang ditemui di pekarangan Jabatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Melaka berkata, arwah ibunya sempat mengeluarkan wang daripada akaun Tabung Haji untuk berbelanja untuk Ramadan dan menyambut hari raya.
“Ibu keluarkan wangnya kira-kira RM600 sebagai perbelanjaan sepanjang bulan puasa ini dan membuat kuih raya. 

“Bagaimanapun, dia tidak sempat berbuat apa-apa selepas ambulans yang dinaiki itu terbabit dalam kemalangan dengan sebuah teksi di lampu isyarat Persimpangan Seri Negeri, Ayer Keroh, sekali gus meragut nyawanya. 

“Saya benar-benar terasa kehilangannya,” kata anak bongsu daripada tujuh beradik ini yang hanya sempat berbual dengan ibunya minggu lalu. 

Ketika kejadian pada kira-kira jam 7 malam itu, Mariam sedang dalam perjalanan untuk dipindahkan dari Hospital Melaka ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mengalami pendarahan di kepala selepas terbabit dalam kes samun pagi Isnin lalu.
 
Beliau disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.10 pagi semalam selepas mendapatkan rawatan di Hospital Melaka semula, sejurus kemalangan itu berlaku. 

Turut parah dalam kejadian itu, seorang doktor berusia 25 tahun, jururawat wanita, 30, pembantu hospital, 56, manakala pemandu ambulans, Rudy Hartono, 41, serta pemandu teksi, Ali Muhammad, 30, pula hanya cedera ringan. 

Menceritakan bagaimana ibunya disamun, Zaidi yang menetap di Taman Tanjung Minyak berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, ibunya yang tinggal bersendirian di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai diserang perompak dipercayai masuk ke rumahnya melalui tingkap dapur. 

“Ketika kejadian, dipercayai penjenayah yang membawa parang itu meminta wang RM10 daripada ibu. Apabila ibu hendak memberikan wang itu, mungkin penjenayah berkenaan ternampak banyak lagi wang di dalam dompet lalu menyerangnya hingga cedera parah di kepala. 

“Suspek kemudian menyamun wang tunai RM600 milik ibu yang dikeluarkan daripada Tabung Haji sebelum melarikan diri,” katanya dalam nada sebak. 

Jenazah Mariam dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Rambai, petang semalam. 

You Might Also Like

5 insan comel komen

  1. kesiannye

    jaha gila si penyamun tuuu!
    harus kena gantung je!

    ReplyDelete
  2. takziah kepada keluarga arwah...

    al-fatihah..

    ReplyDelete
  3. tu la pasal. kesian makcik ni..da la kena samun.meninggal pula masa nak selamatkan die dr pendarahan...Al Fatihah..

    ReplyDelete
  4. Kejadian ini boleh dielak agaknya jika pemandu di jalan raya prihatin..

    Alert dengan bunyi ambulan...

    Jaga-jaga ketika memandu..

    ReplyDelete
  5. Al-fatihah
    jatuh ditimpa tangga

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!