MAS dan Air Asia Kerjasama Strategik

Kerjasama yang terjalin antara MAS dan AirAsia akan mencapai matlamat asas iaitu mengeksploitasi kekuatan masing-masing bagi industr...




Kerjasama yang terjalin antara MAS dan AirAsia akan mencapai matlamat asas iaitu mengeksploitasi kekuatan masing-masing bagi industri dan sistem pengangkutan udara negara secara menyeluruh, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri.

Beliau berkata, ia adalah kerjasama strategik yang biasa diguna pakai kebanyakan syarikat bagi menggembleng pelbagai sumber bagi menghadapi persaingan antarabangsa terutama syarikat pengangkutan udara global lain yang semakin agresif khususnya syarikat penerbangan Timur Tengah.

Ia, katanya, berikutan fenomena liberalisasi semasa yang menuntut setiap syarikat memiliki daya saing yang tinggi.


"Kerjasama ini menyamai penggabungan yang berlaku dalam sektor perbankan dan kewangan bagi mendepani gelombang globalisasi dan liberalisasi perdagangan dunia yang sudah terlalu sukar untuk dibendung.
"Apa yang penting kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia terutama yang menggunakan perkhidmatan tempatan dan domestik tidak terjejas sehingga menjejaskan integrasi nasional," katanya



Abdul Rahim berkata, suasana persaingan yang sihat, tawaran harga berpatutan dan kualiti perkhidmatan sewajarnya tidak dikompromi.

Beliau percaya, agensi Khazanah Nasional sudah memperincikan isu tersebut sebelum membuat keputusan itu. 

Abdul Rahim menyifatkan perkara itu sebagai keputusan perniagaan semata-mata dan tidak perlu dilihat dari sudut yang lain. 


You Might Also Like

2 insan comel komen

  1. Harapnya MAS dapat belajar cara kurangkan kos supaya tiketnya lebih murah..

    ReplyDelete
  2. padlie: betol.sebab harga tiket dia mahal yg amat..walaupon ade klass gitu..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!