aku sebagai nurse
9/8/11-Setahun Bergelar Jururawat
1:00:00 PM
Alhamdulilah. cepat betol masa berlalu dengan pantas. diam tak diam dah setahun jijah bekerja sebagai Jururawat U29. Selama setahun ni banyak benda jijah belajar. masa student dulu situasi tak sama macam bekerja ni.
Rasa kelakar bila jijah post entry masa mula2 berblog dulu. silaa baca entry I'm Nurse From Now!! dan I Got N9! dan memulakan sesi orientasi diri di hospital berkenaan. serba sedikit catatan jijah semasa masih nurse freshy lagi. Teringat juga jijah daftar pada 9/8/10 time puasa jugak. memang first time berpuasa dalam wad sebagai sorang jururawat. hehe sampai la habis sebulan berpuasa. kemudian jijah tak dapat cuti raya almaklumlah kan baru je lagi. harap-harap tahun ni dapatlah jijah beraya.
Alhamdulilah. dah sampai setahun juga jijah mencurahkan bakti pada kesihatan negara dan ada lagi 35 tahun nak pencen..kekeke :p.
jijah paham ramai tak sanggup nak jadi jururawat
"ish...tak ingin daku jadik 'nurse'.Pegang tahi org sakit!"
dengan profession ini. jijah belajar banyak perkara sebab jijah berhadapan dengan banyak ragam manusia. bukan setakat ragam pesakit tapi juga para doktor..cuma kadang-kadang terkilan dengan sikap sesetengah orang menganggap jururawat sebagai "amah" tapi tetap pendamkan dalam hati. mungkin dia tidak berniat nak cakap macamtu sebab dia dalam keadaan sakit..
kadang-kadang berdepan dengan manusia yang.."saya bayar maaa...saya punya suka laaa" tapi dalam masa yang sama kesian juga..mungkin dia tak tahu polisi-polisi,syarat-syarat yang dia tak boleh beli..hurmmmm
tapi pernah juga air mata jijah menitis...menyaksikan isteri meninggalkan si suami, terharu melihat kegembiraan seorang lelaki akan bergelar ayah...kadang sedih melihat seorang nenek tua tiada berteman...
kadang menyampah bila melihat lagak anak-anak tak ingin menyentuh pakaian ibunya sendiri yang dibasahi air kencing.
ketika memberi bantuan kecemasan jijah sering berdoa "Ya Tuhan,kembalikan lah nafas nya" membantu sedaya mungkin...biar pun badan sendiri sakit gara-gara "chest compression" & "bagging" tapi adalah satu kepuasaan kalau melihat 'DIA' selamat...dan turut bersedih jika Tuhan lebih sayangkan nya...
apa-apa pun hanya jururawat faham perasaan seorang jururawat. kalau boleh jijah nak jadi jururawat idaman semua orang dan membantu hingga akhir hayat.
Happy 1st Anniversary Staff Nurse Nur Azizah ^^
24 insan comel komen
susah jugakk kn nak jadi nurse..
ReplyDeletemacam2 keje yg menakut kn kene buat..
klo NF mmg tak kan buat lah..
hahaha..tapi klo nurse macam akak..
mmg ramai lah org sakit..
nk jumpe akak nye psl..
hahaha
waaa..congrats laa kak..doakan sy jd sperti akak yer..insya allah thun dpan..huhuhuhu
ReplyDeleteok dah tu jijah..jarang2 orang boleh buat perkara macam tu..cth:pegang tahi..ehehe
ReplyDeleteCongrats jijah
ReplyDeleteTeruskan berbakti yer
Besar pahalanya jaga org sakit ni
:)
hehe syukur..Allah bg kekuatan jadi nurse ni..
ReplyDeletetahniah cik jijah!! jap je rasakan..
ReplyDeleteyup!! sape yg dok di situasi anda,lbh memahami apa yg anda rasa =)
Sahabat karib sy jururwt gak, aku suka tnya apa yng dia buat kat hospital.. cam best jek dia citer..hehe
ReplyDeletesuke tgk akak2 nurse comel2..hehe
ReplyDeleteMemang banyak dugaannya menjadi seorang Nurse...
ReplyDeleteMasa ayah WuMinmg masuk Hospital... Walaupun swasta tapi WuMing tengok mereka memang prihatin... dan berat juga kerja mereka..
Yang pentingnya... Ramai yang Cun dan ramah dengan Wuming... he..he..he..
Gurau saja tuu..
nanti gua dah jadi dr, lu jadi nurse gua boleh?
ReplyDeletebhahaha
hospital mana ni...kih kih kih
ReplyDeleteshawn razaleigh: boleh2.. jadi nurse peribadi yer. lalala :P
ReplyDeletearulchelsea: kihkihkih biar lah rahsia. lalala
ReplyDeletepekerjaan yang mulia.
ReplyDeletekawan saya ramai nurse...:)
bagus jiejah..smgat ^_^
ReplyDeletebtl tu.
ReplyDeletekerja mulia..
dapat pahala jijah :)
setahun dah erk..lama dh tu. mesti nyk kenangan pahit dan manis..
ReplyDeletesemoga berjaya dalam bidang nie jijah :)
jururawat satu pekerjaan mulia...selamat menyambut anniversary ye cik zizah!!!
ReplyDeletehai kak jururawat :)
ReplyDeleteterima kasih merawat pesakit dgn penuh tabah dan sabar ^^
mekasih semua..semoga terus success lagi dlm bidang ni.Amin
ReplyDeletebesar pengorbanna jururawat ni!! bagus jijah.. teruskan berbakti :-)
ReplyDeleteintanberlian: hehe mekasih kak. InsyaAllah hingga ujung nanti..
ReplyDeletekagumlah,sebab bukan semua sanggup jd nurse..saye pon trgolong dlm org yg x bran amek nurse sebab....
ReplyDeleteTAKUT DARAH! T_T
syue syada: hahaha macamner nak bersalin nanti ni..takut darah,,ngeee~~
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!