Bonus setengah bulan kakitangan awamlRM500 pesara
7:36:00 AM
Alhamdulilah. dapat bonus raya pertengahan bulan ni apabila Perdana Menteri mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500.
Selain itu, kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500.
Ia diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Pembayaran bonus dan Bayaran Khas Kewangan itu membabitkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.
“Kerajaan berharap ia meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan serta membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.
Ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” katanya.
Umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri pada 30 Ogos ini. Ini adalah kali ketiga berturut-turut penjawat awam dan pesara mendapat duit raya. Pada tahun lalu dan 2009, kerajaan memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada kedua-dua kumpulan itu sebelum 1 Syawal.
Kali terakhir kerajaan membayar bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam adalah pada September dan Disember 2008.
13 insan comel komen
untung la yg keje gomen.. yg keje swasta ni tgk je.. hukhuk
ReplyDeletesyukur Alhamdulillah..
ReplyDeleteAlhamdulilahh dpt bonnus
ReplyDeletetahniah2!!
ReplyDeletewahhh..berayo sakan la org GOV..
ReplyDeleteden yg kontrak ni tah dpt ko tidak agak eh...
bonus sbulan gji..keja pun stgh bulan jugak la..kih kih kih.. bleh ke mcm tu..hahaha
ReplyDeletearulchelsea: makan gaji buta kot. hahaha
ReplyDeleteAlhamdulilah rezeki raya. nak menyimpan buat kawen pulak. wakaka :P
ReplyDeletesyukurlah..rezeki tu...
ReplyDeleteokay boleh la kak jijah bg duit raya heheheh :D
ReplyDeleteabg khairil: Alhamdulillah syukur..
ReplyDeletealif haris: alif dtg umah akak yer..akak ks wit raya..ngee~~
estnya jijah dpt bonus.. akak jugak harap hubby yg hulur bonus... hihii
ReplyDeleteintanberlian: hihihi akk ade hubby. pow la baju raya byk2..kihkihkih
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!