kisah artis
Abby Abadi buat persiapan raya awal
4:49:00 PM
kelihatan abby memilih baju melayu untuk putera tunggalnya.
Lantas, sudah pasti gedung-gedung tekstil dan pusat membeli-belah kini menjadi pilihan utama orang ramai untuk mendapatkan persalinan sempena Syawal nanti.
Malah keriangan tatkala dihadiahkan pakaian baru pasti sukar disembunyikan oleh si kecil yang begitu teruja untuk menyambut hari raya.
Baru-baru ni Arbaiyah Abdul Manan, 34, atau lebih dikenali Abby Abadi berkunjung ke Jusco, Wangsa Maju, Kuala Lumpur bersama dengan tiga orang permata hatinya untuk buat persiapan raya.
Kegembiraan dan keseronokan jelas terpancar pada wajah ketiga-tiga anak Abby iaitu Mohamed Danish Hakim, 8, Marissa Dania Hakim, 6, dan Maria Danisha Hakim, 3, yang bebas menjelajah ke segenap bahagian kanak-kanak mencari baju yang berkenan di hati mereka.
Bagaikan orang dewasa, ketiga-tiga cahaya mata Abby itu dengan sendirinya mencapai dan memilih baju yang mereka idamkan.
“Begitulah mereka, kadang-kadang naik letih melayan telatah mereka yang suka ke sana dan ke mari mencari apa yang diingini.“Bayangkanlah tiga orang, seorang ke sana, seorang ke sini, sampai tidak larat untuk saya mengejar mereka.“Sebab itulah selalunya kalau mahu membawa mereka keluar, saya akan pastikan ada yang menemani seperti ibu, ayah atau abang saya,” jelasnya
Selain itu, dalam leka melayan kerenah anak-anaknya, Abby sempat bercerita tentang persiapan rayanya.
Katanya, menyediakan pakaian raya untuk anak-anaknya adalah satu kewajipan yang harus di lakukan setiap tahun.
Baginya, keutamaannya dalam menyambut hari lebaran adalah untuk melihat anak-anaknya gembira dan seronok.
“Bila sudah ada anak-anak, merekalah keutamaan yang perlu didahulukan dalam membuat persiapan raya.
“Biarlah mereka gembira dan seronok menyambut hari raya, sebagai ibu sudah tentu kita gembira apabila melihat anak-anak tersenyum riang,” ujar aktres yang sinonim dengan watak Inspektor Aleeza dalam drama bersiri Gerak Khas itu.
Meneruskan bicaranya, Abby dengan ramah memberitahu, bahawa dia selalunya akan membuat persiapan awal dalam membelikan persalinan baru untuk anak-anaknya sempena hari raya.
“Saya selalu membuat persediaan awal dengan membeli semua keperluan terutamanya pakaian untuk anak-anak terlebih dahulu.“Malah ada kalanya sebelum puasa lagi saya sudah mula membeli baju raya anak-anak.“Lagipun, bagi saya membuat persiapan awal lebih baik kerana di saat akhir pasti ramai yang berpusu-pusu di pusat membeli-belah.“Namun biasanya di hujung-hujung Ramadan ini, saya biasanya hanya membeli apa yang tertinggal seperti kasut, songkok dan sampin untuk abang (panggilan untuk anak sulungnya),” jelas Abby lagi.
Kongsi Abby lagi, dalam menyambut hari raya, dia gemar menggunakan tema warna untuk digayakan bersama dengan anak-anaknya.
Baginya dengan cara itu, ia dapat merapat dan mengeratkan lagi pertalian keluarga antara dia dan anak-anaknya.
Selain itu apabila menyentuh mengenai fesyen, Abby tidak menafikan anak-anaknya sudah pandai bergaya biar pun masih lagi hijau dalam meniti kehidupan.
Kata Abby, anak-anaknya terutama kedua-dua puterinya pandai berfesyen.
“Tengok sahaja kecil, tetapi selera mereka dah macam orang dewasa dan cita rasa mereka ini kadangkala mengalahkan kita.“Macam Baby (panggilan untuk anak bongsunya) dia suka sangat kasut tumit tinggi sehingga inginkan kasut itu sebagai kasut rayanya.“Disebabkan suka kasut bertumit tinggi sampai kasut saya dipakainya dan yang tidak boleh tahan, siap bergaya naik tangga lagi.“Kita yang tengok ini, takut sekiranya dia jatuh tapi dia dengan selamba sahaja,” kata Abby yang sibuk melayan kerenah anak-anaknya memilih kasut.
seronoknya kan nak menjelang raya. budak2 la paling gembira sekali. hehe
13 insan comel komen
RT pakai baju raya tahun lepas jee.. hukhuk sadis ni! :(
ReplyDeletehttp://asyrafasnawi.com/
eza minat la kat abby, dia loving mommy kan..hehe :)
ReplyDeleteJijah dah shopping lom..haha
ReplyDelete:) sonok tengok abby bahagia dengan anak2 die...boleh move on dengan baik walaupun sblah pihak lagi sibuk nak naik pelamin...^^, kagum dgn abby...
ReplyDeletebile la abby ni pakai sopan2..huhu
ReplyDeletesemoga die dapat jodoh yang baik..
roti telur: samalah..baju tahun lalu tak guna sgt..huhuhu
ReplyDeleteeza boom boom: yup..dia sgt syg anak2nya.
kiz: lom shopping raya g..semua benda dah ada..ala kadar je pon raya nnti..
ika: sgt setuju! dia sgt tabah orgnya..walaupon msh single..kebajikan anak2nya tetap terjaga! cayalah abby!
wanie: Moga2 dia dapat pasangan hidup yang baik n soleh..
shida pun xbeli apa2 lg nih jijah..huhu
ReplyDeleteabby ibu yang tabah kan...dia betul2 bertgjwp n jaga anak2 dia..kesian dia...hurm...
ReplyDeletetu la..budak2 la paling syok kalau beraya...mereka xpk apa dah macam kita neh berfikir...ehehh
norman tak beli apa2 ke kat anak dia?...atau dia sibuk dok buat persiapan nak kawin?..
ReplyDeletebetullah bila ada anak ni..keperluan anaklah yg perlu diutamakan dulu..bila tgk mrk gembira hati pun jd senang.. ^_^
ReplyDeletealif taun ni pakai baju raya taun lepas jew .. huhu~
ReplyDeletea good mommy la abby ni :)
ReplyDeletecik ana pon x beli lg bju raye..huhu
Abby sibuk beli baju raya sana sini utk anak2..
ReplyDeletebekas suami pulak sibuk wat persiapan nak kawen...huhuu..
kesian ABBY
Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!