Hukuman Setimpal Penjenayah Simbah Asid

11:10:00 PM 10 Comments A+ a-




KUALA LUMPUR – Undang-undang sedia ada untuk menghukum penjenayah simbahan asid perlu dikemas kini supaya hukuman setimpal dengan kecacatan kekal yang dialami mangsa dapat dikenakan terhadap penjenayah terbabit.
Pengerusi Biro Aduan Komuniti UMNO, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata, berdasarkan kes-kes lepas, pihak polis mengkategorikan kesalahan simbah asid di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan dengan hukuman maksimum tiga tahun penjara dan denda RM1,000 terhadap pesalah.
Tegas beliau, hukuman tersebut jelas tidak setimpal jika dibandingkan dengan kecederaan teruk dan trauma yang dialami mangsa.
“Secara peribadi, saya melihat hukuman yang dikenakan ketika ini tidak cukup tegas bagi mengekang jenayah simbahan asid yang sedang berleluasa di negara kita.
“Orang yang tidak bertanggungjawab akan terus-menerus menjadikan asid sebagai senjata mudah untuk melepaskan dendam mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melawat mangsa simbahan asid, Mohd. Rafi Abdul Latiff, 28, di Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Besar Kuala Lumpur semalam.
Mangsa dikatakan disimbah dengan asid ketika sedang menunggu rakannya di dalam kereta di kawasan tandas awam berhampiran Wisma Bumi Raya, Jalan Raya Laut selepas membeli-belah persiapan Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman kira-kira pukul 1.10 pagi pada 8 Ogos lepas.
Anak ketiga daripada empat adik-beradik itu melecur teruk di muka, kedua-dua belah tangan dan mata kanannya kabur kesan simbahan asid tersebut.
Sementara itu, Muhammad Khairun turut menggesa setiap pembelian asid oleh orang ramai didaftarkan supaya ia dapat direkodkan bagi memudahkan pemantauan oleh pihak berkuasa.
“Saya yakin melalui tindakan itu, ia akan dapat memberi persekitaran yang lebih selamat kepada komuniti,” ujarnya.
Sementara itu, abang mangsa, Pegawai Staf 2 di Dasar Latihan Peperangan Markas Angkatan Tentera Malaysia, Mejar Mohd. Jeffry Abdul Latiff, meminta kerajaan memperluaskan penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) terutamanya di kawasan awam.
“Rakaman melalui CCTV ini akan dapat membantu pihak berkuasa mengesan penjenayah,” katanya.



wah takut pulak nak shooping raya kat Jalan TAR. orang yang tak bersalah jadi mangsa. ya Allah moga kita di lindungi oleh Allah. mental kot orang gila ni!

All about Personal, Lifestyle, Beauty, Health and Parenting Blogger.
Product review, advertorial, 

contact:
Email: cikazizahmisi88@gmail.com

10 insan comel komen

Write insan comel komen
Khairil
AUTHOR
8/18/2011 11:22 PM delete

semoga orang yg buat naya kat orang ni terima balasannya di dunia ini...kejam dan keji sungguh perbuatan dia tu...

Reply
avatar
kiz
AUTHOR
8/18/2011 11:43 PM delete

kalau dapat..rendam je orang tu dalam asid..

Reply
avatar
shida'R
AUTHOR
8/18/2011 11:46 PM delete

ksian lah org tuh ..habis muka dia huhu..tulah shida pn agk takut kluar kalo pnjnyah simbh asid smkin byk kat lua sna..

Reply
avatar
padlie
AUTHOR
8/19/2011 12:05 AM delete

Kemarahan saya naik balik.... grrr

Reply
avatar
ArulchelseA
AUTHOR
8/19/2011 1:18 AM delete

masuk air mamat yg buat ni... kih kih ih

Reply
avatar
aimi adilah
AUTHOR
8/19/2011 5:29 AM delete

simbah balik acid kt muke org yg wt 2 btu pdn muke dgn dy

Reply
avatar
Xavi De
AUTHOR
8/19/2011 9:50 AM delete

kasi sula sama itu olang...=..='

Reply
avatar
IntaNBerliaN
AUTHOR
8/19/2011 10:15 AM delete

mcm2 perangai kan.. sampai skrg duk terpikir apa mslh dia yg "baik hati" sgt pergi simbah asid kat org.. bila kene diri dia sndiri nanti br dia tahu

Reply
avatar
Wanie
AUTHOR
8/19/2011 8:58 PM delete

simbah balik muke pesalah tu ngan asid..adil tak? :)

Reply
avatar
YNA
AUTHOR
8/25/2011 7:51 AM delete

giler jahat simbah asid kat rog.. sejahat-jahat aku, xda niat lg nak simbah asid kt org yg aku benci, ahaha

Reply
avatar


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!