kisah artis
Ally Iskandar Putus Tunang 30 Julai Lalu
11:34:00 PM
benarlah tekaan apabila Aishah meletakkan status I'm Officially Single di facebooknya
Hajat pengacara terkenal, Ally Iskandar untuk menamatkan zaman bujangnya pada penghujung tahun ini kini hanya tinggal kenangan apabila ikatan pertunangan yang diikat pada 11 Februari lalu putus di pertengahan jalan.
Ally yang melangsungkan pertunangan dengan Naib Juara Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal mengesahkan perkara ini.
“Kami secara rasmi telah putus tunang pada 30 Julai lalu selepas lima bulan mengikat ikatan pertunangan. Sukar untuk diungkapkan tentang perkara ini kerana ia berlaku bukan dari pertelingkahan yang besar. Apa yang boleh saya katakan, dalam tempoh pertunangan tersebut, tiada keserasian di antara kami. Makin lama makin tidak nampak keserasian itu walaupun matlamat kami sama iaitu untuk mendirikan rumahtangga.”
“Walaubagaimanapun, prinsip kami berbeza dan keputusan yang diambil ini memang berat untuk kami berdua. Kami sudah cuba cari jalan penyelesaian, tetapi tidak berhasil,”
Apabila ditanya apakah punca perpisahan tersebut, Ally memberitahu,
“Kami tidak bergaduh dan tiada konflik. Punca disebabkan pihak ketiga juga tidak benar sama sekali. Perkara ini datang berperingkat-peringkat. Kami cuba untuk selesaikan masalah ini, tetapi memang tiada jalan penyelesaian yang ditemui. Tidak dinafikan, perkara ini memang meninggalkan kesan yang sangat besar dan amat menyedihkan. Kami telah mengimpikan sebuah kehidupan berkeluarga yang baru. Keluarga saya juga agak terkesan sebab mereka semua cukup teruja bila saya bertunang hari itu,”
“Ini keputusan yang besar dan lebih baik keputusan ini dibuat sekarang dari dibiarkan berlarutan. Apa-apa pun, saya dan Aishah masih berkawan baik. Cuma setakat ini, saya tidak mahu memikirkan tentang perkahwinan lagi kerana biarlah masa yang menentukan.”
“Selepas ini saya nak fikir tentang kerja balik serta kena ada tempoh untuk bertenang dan muhasabah diri,” jelas Ally panjang lebar.
sumber: gua.com.my
23 insan comel komen
Hah... Sorang lagi putus Tunang..
ReplyDeleteDrama Bulan Puasa Menyentuh HATI
kalau dah tak serasi nak buat macam mana kan...
ReplyDeletemungkin Ada yang terbaik untuk Ally dan Aisyah...InsyaALLAH
kdg2 kita tk rasa apa yg diorg rasa..mungkin de sbb2nye..
ReplyDeleteorang kata tk kenal maka tk cinta..tp sbenarnya lebih tk kenal ..pada kenal mnyakitkan hati..
*ermm emosi lak ni..soryy.kih kih kih
alamak ade lagi yg putus tunang .. hurm ..
ReplyDeletetidak ku sangka putus di tengah jalan..huhu
ReplyDeleteterkejut gak tadi dni baca mstar huhu
ReplyDeletelagi sorang selebriti belum sampai jodohnya..doakan yang terbaik je..
ReplyDeleteputus dah.. musim putus tunang ke ape nie..
ReplyDeletemungkin tak ada jodoh la tu..
Itu laa sebab kita kena kenal orang itu lama sikit baru buat satu ikatan yang serious...
ReplyDeleteSekurang-kurangnya tidak putus tunang.
Tapi bertunang dan putus adalah lebih baik dari berkahwin dan bercerai...betul tak?
tak pe....Ally, saye kan ada....hahahaha~
ReplyDeleteharap2 ally ni jgn jadi mcm azwan ali...
ReplyDeletealahaii. kawen dengan fafau je laa. hehe
ReplyDeletesumpah mcm tak percaya !
ReplyDeletexder jodoh kan..
ReplyDeletemungkin tak ada jodoh. apa-apa pun doakan yang terbaik untuk mereka berdua..
ReplyDeleteasyrafasnawi.com
semoga ally jumpa jodoh nya cpat2.
ReplyDeleteputus dah pon. huahuahua betol cakap wuming. bertunang putus ;bih baik dr bercerai kahwin..
ReplyDeletemusim org putus tunang skrg ni
ReplyDeletemusim org putus tunang skrg ni
ReplyDeleteputus juga yer..ermmm
ReplyDeletedah tak serasi n persefahaman katanya..
ReplyDeletekalau dah tak serasi elok juga putus skg..jgn dah kawen dah beranak pinak baru nk cerai bagai..
ReplyDeleteye la..pinang fafau je....hikhik..~
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!