Khairul Fahmi Apek Pulangkan Cincin Pertunangan

Penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat, 22 mengesahkan akan memulangkan cincin pertunangan melalui keluarga angkatnya mengikut adat me...


Penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat, 22 mengesahkan akan memulangkan cincin pertunangan melalui keluarga angkatnya mengikut adat melayu sekaligus memberikan tanda penamat hubungannya bersama bekas tunang, Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau lebih dikenali sebagai Elia, 22.

Optimis dan akur dengan takdir, Khairul Fahmi yang kini berada di Kelantan mengharapkan keluarga angkatnya di Kuala Lumpur dapat menyempurnakan istiadat pemulangan cincin pertunangan kepada keluarga pihak perempuan dalam masa terdekat. Walau bagaimanapun, Khairul Fahmi tidak dapat hadir bersama kerana akan menjalani latihan bersama skuad olimpik di Slovakia sehingga akhir bulan puasa ini.

Krisis hubungan mereka mula tercetus apabila Elia, pemilik blog Jejari Runcing mengeluarkan kenyataan berunsurkan kritikan terhadap Khairul Fahmi Che Mat di laman Facebooknya. Elia mendakwa Khairul Fahmi mula berubah dan bersikap kurang ajar terhadap terhadap ibunya. Bagai api dicurah minyak, pelbagai spekulasi mula diperkatakan apabila seorang gadis yang dikenali sebagai Dahlia Teck dilibatkan mempunyai hubungan skandal bersama penjaga gol Malaysia ini.



Selepas perlawanan Malaysia Vs Singapura tempoh hari, Khairul Fahmi telah memutuskan hubungan pertunangannya bersama Elia melalui sebuah akhbar tempatan pada hari Sabtu yang lepas. Tujuan Khairul Fahmi berbuat demikian ialah atas alasan bahawa itu adalah langkah terbaik demi menjaga hati semua pihak.
Walaupun begitu, keesokan harinya Khairul Fahmi menerima kenyataan balas daripada Elia yang mendakwa bekas tunangnya benar-benar mempunyai hubungan sulit serta mempunyai bukti yang menyokong dakwaan tersebut.
Dan hari ini, Khairul Fahmi berharap dapat menyelesaikan krisis pertunangan ini dengan cara baik.

baca lagi dari mula :

You Might Also Like

20 insan comel komen

  1. tu lahhh knnn..nk
    wat cam ner akak..
    sape suroh main kayu 3 ni...
    nape tak kayu 8 terus..
    hahahahaha

    ReplyDelete
  2. adoii..pengahkhiran yg sedeh..

    ReplyDelete
  3. Tiap-tiap hari citer pasal diorang..
    KONTROVERSI betul pemain-pemain bola sekrang ni..
    Kalah SITI NURHALIZA..

    Aku seorang CASANOVA

    ReplyDelete
  4. kenapa la bila da famous, mende yg xelok pula berlaku...
    semua ni ujian dari DIA...
    mungkin ada hikmah di sebaliknya...
    jgn lah kita tunding jari pd mana2 pihak selagi kita xtahu perkara sebenar..

    ReplyDelete
  5. kalau nak putus buat la cara baik..
    asal jangna sampai saman menyaman..

    ReplyDelete
  6. hurmm .. taknak jadi terkenal r cmni ..huhu

    ReplyDelete
  7. terpisah jua kita akhirnya...

    ReplyDelete
  8. apek tetap terbaik walaubagaimanapun , kehkeh..

    ReplyDelete
  9. mungkin setakat ni jodoh diorg kan.

    its oke apek, come to mama come come ! ;)

    ReplyDelete
  10. haha eeeee gatai cik pieqa. lalala seribu tahun berjumpa jugak kalau ada jodoh..

    ReplyDelete
  11. jika itu yg terbaik,teruskan aje kan..

    ReplyDelete
  12. emm nak wat camner kan..terlalu hebat dugaan yang dorang kena tempuhi..putus ajela kalau tak sepakat heehh

    ReplyDelete
  13. cerai pun glamor kan
    susah jadi terkenal ni
    apa2 pun tahniah
    dan takziah..
    x heran sgt..
    artis pun byk yg bercerai

    ReplyDelete
  14. tak de jodoh mereka akhirnya..

    ReplyDelete
  15. biar berpisaha sekarang dr menyesal kemudian hari kan...

    ReplyDelete
  16. apek dah glamer skrg huhu

    ReplyDelete
  17. glamer pasal putus tunang kot. hehe

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!