Muka Melecur Main Mercun Bola

Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun sempat berlari sejauh kira-kira 50 meter sambil menahan kesakitan selepas mukanya melecur ...


CEDERA...Al Muhammad Fakrul Aiman   dirawat di HUSM.



Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun sempat berlari sejauh kira-kira 50 meter sambil menahan kesakitan selepas mukanya melecur manakala kedua-dua tangannya cedera akibat bermain mercun bola di Kampung Jeruk, Besut, Terengganu

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Al Muhammad Fakrul Aiman Al Mohd Faizal bermain mercun bola seorang diri selepas membelinya menggunakan wang lebihan membeli kuih untuk juadah berbuka puasa.


Mangsa kini menerima rawatan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dekat sini, sejak jam 8 malam kelmarin.


Bapa mangsa, Al Mohd Faizal Mat Razi, 32, berkata, sebelum kejadian anak sulung daripada tiga beradik itu baru selesai membeli kuih yang dipesan ibunya, Yanti Narawi, 30, kira-kira jam 5 petang.


“Selepas membeli kuih dia keluar dari rumah dan tak sangka rupa-rupanya bermain mercun bola di padang bola yang jaraknya kira-kira 50 meter dari rumah kami.



“Ketika itu saya berada di sawah sebelum isteri datang memberitahu anak kami cedera akibat terkena mercun bola. Saya menghantarnya ke Klinik Kesihatan Kampung Jeruk dan seterusnya dikejarkan ke Hospital Jerteh, Terengganu.


“Anak saya kemudian dirujuk ke HUSM kira-kira jam 8 malam semalam (kelmarin) untuk rawatan lanjut kerana mukanya melecur teruk, selain turut diberi alat bantuan pernafasan,” katanya ketika ditemui di wad HUSM,


Menurut Al Mohd Faizal, sebelum ini dia pernah melarang anaknya bermain mercun kerana ia boleh mengundang padah.



Bagaimanapun, katanya, anaknya secara senyap-senyap membeli mercun bola menggunakan wang baki membeli kuih untuk juadah berbuka.


“Dia bermain mercun seorang diri, sebelum berlari pulang ke rumah dalam keadaan kesakitan selepas melecur di muka dan cedera di tangan kanan dan kiri akibat terkena mercun bola,” katanya.



Difahamkan, kejadian menimpa Al Muhammad Fakrul Aiman itu kes kecederaan akibat bermain mercun pertama dilaporkan di Terengganu sejak bermula Ramadan 1 Ogos lalu.



Di Kelantan, sehingga kini, lima kes cedera akibat bermain mercun direkodkan dalam tempoh tidak sampai seminggu bermula 4 Ogos lalu.



Antaranya, seorang remaja, Nasrudin Mohd Nazli, 19, hilang tiga jari tangan kirinya dan cedera di muka selepas mercun bola yang dinyalakan ketika membonceng motosikal meletup di tangan sebelum sempat dilempar dalam kejadian di Kampung Dewan Beta, dekat sini



lol. kan dah cakap jangan main mercun. aduh degil budak2 sekarang ni. sendiri jugak susah. emm -_-


You Might Also Like

18 insan comel komen

  1. adik yui pon stkt men pop tu..

    tu pon risau..

    degil dak2 skg..

    org tua pon sma aje!! hehhe

    ReplyDelete
  2. tu la.. spe soh tak dgr ckp mak ayah.. kn da kne.. mcm ne nk raye kn jijah.. =)

    ReplyDelete
  3. jgn main mercun.....xpelah.....
    penguatkuasa mana???...kenapa mercun byk sgt ni

    ReplyDelete
  4. semakin bertmbh kes tercedera akibat mercun.dekat2 nak raya nti msti bnyk lg kes...erm mak bapak kena pantau anak2 lebih ketat supaya xbli n men mercun.

    ReplyDelete
  5. kesian betul tgk budak tu . tapi nak buat cm ne . dah mereka yang degil maen . hm~

    ReplyDelete
  6. kena mercun bola..dah tk dpt main bola..kih kih kih

    ReplyDelete
  7. huhuu kesian budak tu,xreti agknye men..g pegg mercun tu agknye huhu..

    ReplyDelete
  8. apa pun x bole.. nak main tp xpandai jaga keselamatan..hukhuk..kan dh xbleh raya.. =,=

    ReplyDelete
  9. dah byk kes pun masih nak main.. iks iks iks
    bahaya tul mercun bola tu..

    ReplyDelete
  10. kdg2 geram tgk budak2 yg dok main mercun....orang tua pun ada juga yg main....huhu

    ReplyDelete
  11. pong pang pong pang duk main mercun skrg nie kt kg cunndaa..
    bising sgt..

    ReplyDelete
  12. huhu..ade lagi kes macam ni..degil betol la bdk2 ni..mak bapak kena kawal ni..

    ReplyDelete
  13. kesiannya..sapa suh main mercun sangat kan

    ReplyDelete
  14. adui .. dah koba main mrcun pop ja

    ReplyDelete
  15. degil..pastu suka mencuba. tu yg jadi gini ni..hish3x..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!