Ajal lepas bagi CPR budak lemas

Akhirnya masuk juga berita ni. kalau kalian baca entry jijah sebelum ni Budak Lemas l CPR l Meninggal dunia   masa jijah keje malam hari ...


Akhirnya masuk juga berita ni. kalau kalian baca entry jijah sebelum ni Budak Lemas l CPR l Meninggal dunia masa jijah keje malam hari tu..ni lah dia arwah pakcik yang selamatkan budak yang lemas tu.





PORT DICKSON: Seorang lelaki menyelamatkan tiga mangsa lemas di Pantai 2 Telok Kemang, di sini, kelmarin, menemui ajal sejurus memberi bantuan pemulihan pernafasan (CPR) kepada seorang mangsa.


Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, Zulkifly Hamzah, 43, rebah sebaik selesai memberi bantuan pernafasan kepada seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang lemas ketika mandi di kawasan itu.


Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh, berkata ketika kejadian, pantai berkenaan tiba-tiba dilanda air pasang menyebabkan tiga murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Telok Kemang lemas.

“Zulkifly yang kebetulan membantu ibunya berniaga di kawasan pantai mendengar tiga murid lelaki menjerit meminta tolong dan terus terjun ke laut bagi menyelamatkan mereka.

“Pengunjung lain yang menyedari kejadian itu turut berusaha menyelamatkan dua lagi mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, sejurus memberi CPR kepada seorang daripada murid berkenaan, Zulkifly rebah dan tidak sedarkan diri di situ.

Orang ramai yang melihat kejadian bergegas membawanya dan murid yang lemas itu ke Hospital Port Dickson (HPD), namun Zulkfily meninggal dunia dalam perjalanan ke HPD.

Sementara itu, seorang saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, ketika Zulkifly memberi bantuan CPR, murid lelaki itu masih tidak sedarkan diri.

“Ketika itulah dia (Zulkifly) memberitahu kami, budak itu sudah tiada, namun selang beberapa lama kemudian ketika dia memberi CPR sekali lagi, budak lelaki itu terjaga dan Zulkifly pula rebah tidak sedarkan diri,” katanya.

Ibu Zulkifli, Nyapon Jantan, 63, berkata, anaknya itu berulang kali memberitahu bahawa dia akan pergi jauh.

“Namun, ketika itu saya tidak perasan sebarang perubahan dia kerana beranggapan dia mahu pergi jauh untuk bekerja. “Saya reda menerima berita kematiannya, namun saya tidak menyangka ia berlaku terlalu cepat sekali,” katanya.

Menurutnya, sebelum kejadian dia sempat membancuh segelas air teh dan minum petang bersama arwah.

“Dalam perbualan itu, arwah berkata dia akan pergi jauh untuk mencari kerja kerana Aildifitri bakal menjelma tidak lama lagi.

“Kemudian, anak saya dengar tiga budak lelaki terkapai-kapai menjerit meminta tolong di tengah laut lalu terus berlari ke pantai memberi bantuan kepada mereka.

Sepupu Zulkifly, Badiozaman Abu, 43, yang turut sama memberi bantuan kepada tiga budak lelaki itu melihat Zulkifly jatuh pengsan selepas itu.

“Saya terus mengangkat dan membawanya ke kereta untuk mendapat rawatan di HPD. Ketika diberitahu dia sudah meninggal dunia, lemah seluruh anggota badan,” katanya.

Zulkifly meninggalkan seorang isteri, Norhayati Ahmad, 39, dan juga tiga anak, Ilyasa Zulkifli, 14, Idham Syah, 9, dan Izuwan Shah, 8.

Sementara itu, tiga murid sekolah itu selamat dan seorang daripada mereka kini mendapat rawatan di HPD.


budak yang lemas tu ada masuk wad daku masa daku keje malam syif ke-3. tapi sekarang mungkin dah balik kot. AlFatihah untuk pakcik tu.. Amin

kalin baca yer entry jijah sebelum ni iaitu---> Budak Lemas l Lakukan CPR l Meninggal dunia


You Might Also Like

2 insan comel komen


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!