aku dan dia
Perlu tak paksa supaya bf kawin gan kita cepat?
11:05:00 PM
muahaha tajuk punya lah sensitif. baca dek encik tentera laut daku mahu di rejectnya. hahaha tadi beliau call. macam biasa lah bergayut lah berjam malam-malam buta gini.jadi tiba-tiba terbuka lah plan untuk ke arah tuuuuutt!! kalian paham-paham je lah eh.
rasanya dah lama tak bincang benda ni gan dia. sebab daku tak nak dia tension pikir masalah ni pulak. yelah nak kawin awal bukannya senang. semua perlu ambil kira. sebagai seorang lelaki semua harus di bawah tanggungjawabnya. nak kumpul duit berpuluh ribu bukannya senang. pastu bila dah kawin nak beli rumah lagi. kemudian isi-isi dalam rumah tu pon dah menelan belanja yang banyak. kemudian kalau ada rezeki dapat anak. nak beli barang baby pulak. em..bila pikir balik kesian kan kat mereka yang lelaki ni. huhuhu
daku malu. malu dengan tanggapan orang lain yang sering cakap "bila nak kawin". hati siapa yang tak sedih kan. nak-nak usia perhubungan ini dah hampir 9 tahun tapi langsung tak nampak hasilnya. semua orang tahu daku dan dia. dan semua juga orang akan tanya bila itu ini.
tapi semua orang tak kan paham apa yang kami alami. daku dan dia bercinta jarak jauh. nak-nak lagi dia kini berkhidmat kat bumi borneo. amat payah sekali jika kami berjumpa berbincang dari hati ke hati perkara ini. dan apabila berkawin juga nanti. kami bukannya dapat hidup di bawah satu bumbung. semuanya terpaksa berasingan. payah bukan..
sekarang daku tak nak paksa dia. kalau dulu memang daku suka sangat paksa dia cakap pasal kawin je. sampai naik tension dia. tapi sekarang bila daku dah tahu situasi dia. kerjaya dia sebagai seorang tentera laut membuatkan daku tak sampai hati nak bercerita pasal masalah ini.
lepas ni kalau orang bertanya daku akan pekakkan telinga je. sebab yang nak kawinnya daku. ada ke orang nak tolong kita kalau kita tak de duit. takde kan. orang senang je cakap. "jah bila nak kawin. dah lama sangat tu. kawinlah cepat-cepat" perghh!! ayat pedih giler tu...huhuhu
ape-ape pon cepat atau lambat semuanya di tangan Allah. ada sebab kenapa Dia tak menginginkan daku dan dia berkawin awal lagi. kepada kalian silalah mendoakan diriku sentiasa bahagia bersama si dia.walaupon bukan lagi sepasang suami isteri tetapi sebagai kekasih yang halal. eh ade ke kekasih yang halal....muahaha tettttt!! doakan semoga jodoh kami di percepat hendaknya. Amin
terima kasih sudi dengar luahan hati diri ini.. :(
7 insan comel komen
oo dear...ehm sabar la..ea mulut owg memang susah nk tutup..ehm yg nk kahwin kiter bukan diowang..ehm Ms rasa cik jijah kena wat solat hajat n istikharah agar segala hajat n impian cik jijah terlaksana..ehm yg penting cik jijah kena pegang satu benda ni iaitu kesetiaan..memang susah hubungan jarak jauh ni..fuh!! ehm tp lau 9 tahun le tahan gernti selama-lamanya insyaallah..doa byk2x..jangan jemu meminta dari-Nya okey!..dont sad2x...=) smile...always awek muda hehe
ReplyDelete@Ms sunsweetz~ Awek muda..wee~~ i luv u Ms!! yalah jijah tak cuba lagi solat hajat n istikarah..maceh dear ingatkan..mulut org tu susah sgt nak tutup..smpai tension jijah..huhu
ReplyDeleteSemoga sampai cepat lah pernikahan kami..mekasih doakan jijah dear :)
hahaha kesimpulan nyee..
ReplyDeletebuat lahh pinjaman PTPTN..
semua boleh jalan..
beli perabot..pelamin..
sanding terus..
hak3
@far8 budak baik~ hahaha pastu berhutang lah sampai beranak pinak..lalala
ReplyDeletealalalala...tenang akak..sabar.en tentera laut tgh kumpul duit tue...sabar eh :)
ReplyDeletewahh,I cakap cam betul jer,kenal en tentera laut puwn tidak.grrrrrr...
best dpt thn sampai 9thn..I?..paling lama dua tahun kot.bila I masuk form6,tak join dia masuk poli,hubungan terhenti.masing2 dengan laluan sendiri.sedihnyerr..sebab ex-bf tu dari sekolah rendah kenal..masuk form1,dia da simpan perasaan.tapi time tu I buat tak tau.sampai form3,kwn baik cakap ex-bf I tu ada perasaan kat I.form4 baru start bunga2 cinta...sekarang?.kawan je lah..tpi xmcm dulu.
@ecadwinkyasha~ InsyaAllah akak ngah sabar ni...hehe wah...dah lama kenal tu..sygnya lmbat berputik bunga2 cinta tu..kalau tak mesti dah lama jugak kan...
ReplyDelete@kak diana~ dia jawab nak kawen tapi sabar lah..
ReplyDeleteyeker...ade rezeki utuk benda tu yer..Alhamdulilah...
nak tunang kak.. tapi takut ikat lama sgt..sebab dia sendiri kata nak kawin lagi 2 tahun. takut lama tunang 2 tahun tu..huhuhu
cuma mulut org je bising cakap itu ini..huhuhu
maceh kak atas nasihat :)
selamat hari ibu ^^
Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!