Friday, May 20, 2011

Punca dan Petua Meredakan Sakit Kepala


Tahukah kalian dari manakah Punca datangnya Sakit Kepala. Banyak faktor boleh terjadinya Sakit Kepala seperti



Punca Dari Pakaian - Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh menyebabkan pening kepala. Begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan.

Punca Dari Cahaya - Kalian boleh mendapat sakit kepala sekiranya kalian duduk bertentangan dengan sumber cahaya yang terang.

Punca Dari Mata - Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh menyebabkan sakit kepala. Begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala.

Punca Dari Penyakit - Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, denggi, kencing manis, dan sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala.

Punca Dari Kepala - Otak yang bercelaru dengan fikiran yang tidak menentu juga boleh menyebabkan sakit kepala.


Petua Untuk Meredakan Sakit Kepala

Ambil segengam daun turi (ia seperti daun petai dan digunakan dalam membuat nasi lemak), lada sebanyak 7 biji, bawang putih beberapa ulas, dan tumbuk kesemua bahan tersebut. Setelah ia menjadi halus, campurkan dengan 1 sudu cuka dan diperapkan. Bubuhlah dikening mata kalian selepas itu. Sakit kepala akan sembuh segera.



3 comments:

  1. skunk selalu sakit kepala...
    sebb stress kot pikir tok prep wedding...
    adoiii.....

    ReplyDelete
  2. saya selalu sakit kepala yang berpunca dari cahaya dan hujan... tips nak hilangkan sakit kepala tu ok tapi cam tak sanggup tuk praktikkan... hehehehe

    ReplyDelete
  3. @nor suhaiza~ alolo siannya yunk..mgkin juga tu...xpe lah buat slow2..nanti da lepas kawin da ok dah..


    @dwaty~ hehehe mmg pon..mne lah nak cr daun turi tu kan...hehe

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!