Bulan 5 sangat menarik!!

salam kalian... Selamat hari khamis malam jumaat.. hahaha dah minggu pertama kita dalam bulan Mei kan. cepatnya masa berlalu. weee~ lagi...


salam kalian...

Selamat hari khamis malam jumaat.. hahaha dah minggu pertama kita dalam bulan Mei kan. cepatnya masa berlalu. weee~ lagi 3 bulan nak menyambut hari raya.,..wah ai tak sabar u!!


bulan 5 atau bulan May adalah bulan yang paling menarik bagi daku. kenapa ya?? sobabnya...eh bahasa nogori pulak keluar.. sebab pelbagai aktiviti menarik tau dalam bulan ni. kalian tak caya ke.. bagi daku lah ape yang menarik bulan 5 ni adalah...

1 mei adalah cuti Hari Pekerja. kalian mesti lah suka cuti-cuti malaysia kan. hahaha Tema Hari Pekerja pada tahun 2011 ni 
"Pekerja Merealisasi Transformasi Negara"

5 mei Hari Kelahiran bakal mak mertua ai u!! bersamaan dengan hari ni.. wee~ yang ke berapa daku tak tahu lah pulak. haha semalam dah pesan dengan encik tentera laut suruh wish tak tahu lah dia wish ke tak. dia memang macam tu. lupa je birthday orang lain! grrrrrrrrrrr!!

 6 mei birthday my BFF yang kawin di sponsor apabila dia masuk peraduan Gerbang Cinta anjuran UTUSAN MALAYSIA

 7 mei birthday my Bff jugak Eznee Liyana Juru Xray Hospital Terengganu

yehuuuuuuu~~ Hari Ibu 8 mei!!  
tahun 2011 ni memilih hari Ahad kedua dalam bulan Mei yang jatuh pada 8 mei. jadi ia memberikan penghormatan yang tinggi kepada ibu untuk menjadikan setiap tahun satu hari dikhususkan untuk meraikan dan menghargai golongan ibu. alamak! tahun ni nak bagi hadiah apa yer...hhohoho any idea...emm


Hari Jururawat di sambut setiap tahun 12 mei!! 
Tarikh yang di pilih untuk mengenang tarikh lahir Florence Nightingale iaitu 12 May 1820. Kerjaya jururawat yang kini di anggap kerjaya profesional yang memerlukan kelayakan yang tinggi. 
Selamat Menyambut Hari Jururawat. Semoga hari jururawat ni daku dapat memperbaharui azam dan memperteguhkan tekad untuk menyumbang kepada pesakit dan jugak pembangunan kesihatan negara. wehhuu~~

15 mei birthday my bff Nurul Nadirah yang menemukan jodoh antara daku dan encik tentera laut masa sekolah menengah dulu.. hehehe @_@ blushing...

16 mei!! Hari Guru Malaysia.
Setiap 16 Mei tiap-tiap tahun kita menyambut Hari Guru. Tema Hari Guru pada tahun ni.. 
"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara".
Guru sering diibaratkan lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. ye tak..tugas guru pulak semakin mencabar. Kerana sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara, para pendidik perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan. apa sahaja perancangan yang telah dirancang oleh kerajaan sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sempurna agar apa yang tersirat dalam tema Hari Guru pada tahun ini dapat dicapai.

24 mei!!! kasi bold besar-besar punya! siapa tak ingat meh daku nak sepuk! hahaha yehuuuuuu~~ daku semakin meningkat dewasa nampaknya..opsssss yang ke berapa yer? hahaha nantikan...weee ^_^ azam sempena ulang tahun kelahiran? jeng jeng jeng....
jangan lupa poskan hadiah oke.. ai menunggu u all tau.. lalalala


rasa-rasa bulan 5 ni ada daku tertinggal aktiviti lain tak. emm rasanya ni je lah kot. haha banyak jugak aktiviti bulan 5 ni kan. tu pasal lah ai bertuah benor ler lahir bulan 5. wee~~ Gemini Girl la katakan. hahaa

nak tahu lah horoskop daku tahun ni.

Gemini (21 Mei–21 Jun)

UMUM
Anda akan bertemu dengan berbagai karakter orang di minggu ini, sebahagian membuat Anda merasa nyaman, dan sebahagian lainnya membuat Anda tahu apa erti sebuah persahabatan. Anda akan dibuat sibuk minggu ini untuk meneliti dan mencari data-data penting sehubungan dengan pekerjaan yang Anda jalani saat ini. Bagaimanapun perasaan Anda minggu ini, tetap tersenyum di depan semua orang.







CINTA

Berpasangan: cerita asmara minggu ini akan membuat Anda tersipu, sepanjang minggu ia akan memperlakukan Anda bak putri dan memanjakan Anda. 
Single: Anda yang mungkin belum sedia menjalin hubungan sedang menikmati dekat dengan seseorang. 

KARIER DAN KEWANGAN
Jika Anda bermaksud memberikan sebuah kritik di minggu ini, pastikan bahwa kritikan Anda sifatnya membangun. Anda sedang menjadi pusat perhatian, dan orang di sekitar Anda kerap menunjukkan respon yang negatif. Bukan salah Anda, memang terkadang pendapat orang berkembang pada sesuatu yang ditemukannya pada pandangan pertama. Jadi, bersikap santai dan tetap tersenyum saja.

DIET
Hindari terlalu banyak makan makanan pedas dan asam.  Anda kurang stabil minggu ini. Perbanyakkan  vitamin B, yang  didapati dari kacang-kacangan, bayam, beras merah.





You Might Also Like

3 insan comel komen

  1. saye jugak lahir di bulan mei...tapi lambat sikit dari awak...besday saya 27mei...leh ni nak celebrate sesame..hehe

    ReplyDelete
  2. wah...'mei'..best kan bulan mei..tapi x lawan bulan january :P

    akak tmbh best la bila bulan depan cik abg nak balik sana ek?...hehee

    ReplyDelete
  3. a ah kan banyak sangat yang istimewa pada mei ni :)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!