Tragedi Tanah Runtuh l Dua Terpaksa Potong Kaki

by - 10:16:00 AM


ALLAHYARHAM Nor Rahimi Rosdi, 14, dikebumikan di sebelah kubur ayahnya  di Tanah Perkuburan Kampung Kerinchi, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
ALLAHYARHAM Nor Rahimi Rosdi, 14, dikebumikan di sebelah kubur ayahnya di Tanah Perkuburan Kampung Kerinchi, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
9 di wad khas bencana, 3 ICU

AMPANG: Dua daripada sembilan yang terselamat dalam tragedi tanah runtuh Rumah Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat terpaksa dipotong kaki untuk menyelamatkan nyawa mereka.

Kaki kiri Zulhairi Aminuddin, 13, dipotong di lokasi kejadian, malam kelmarin, oleh pasukan perubatan akibat hancur selepas tersepit dalam runtuhan itu.
Mohd Erwan Zakaria, 33, kakitangan madrasah itu pula terpaksa dipotong kaki kanannya menerusi pembedahan selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, lewat malam kelmarin, akibat kecederaan parah pada kakinya.
Kedua-dua mereka masih dirawat di ICU hospital itu bersama seorang lagi mangsa yang identitinya tidak didedahkan atas permintaan keluarga.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang melawat semua mangsa terbabit, pagi semalam, mengesahkan dua mangsa terpaksa dipotong kaki, manakala seorang lagi cedera parah di kepala.

“Ketika ini, sembilan pesakit dirawat di Hospital Ampang iaitu di wad khas bencana dan tiga daripadanya berada di ICU. Bagaimanapun, semua mereka dilaporkan stabil.

“Selain Hospital Ampang, mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Kajang,” katanya. 
Turut melawat mangsa yang cedera dalam tragedi itu ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung; Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah; pengacara, Aznil Nawawi serta lima peserta Akademi Fantasia.

Rosnah berkata, Hospital Ampang menjadi pusat utama mangsa tanah runtuh dan keluarga yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi hospital itu.

“Pihak hospital akan memantau keadaan mangsa dari semasa ke semasa dan pihak kementerian kesihatan juga akan memaklumkan perkembangan terkini keadaan pesakit,” katanya.

Usaha untuk memasuki ICU gagal berikutan dikawal ketat sekurang-kurangnya 10 pengawal hospital berkenaan. 

Sementara itu BERNAMA melaporkan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membatalkan program menghadiri seminar kepimpinan di Institut Aspen Colorado, Amerika Syarikat, berikutan tragedi tanah runtuh di Batu 14, Hulu Langat dekat sini yang mengorbankan 16 nyawa.

Pejabat Menteri Besar Selangor dalam kenyataan akhbar di sini semalam, berkata Abdul Khalid dijangka tiba di tanah air petang ini dan akan melawat mangsa yang selamat serta bertemu anggota keluarga mangsa yang terkorban.

“Kerajaan negeri menyediakan penempatan sementara kepada penghuni Rumah Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa dan anggota keluarga mereka yang terbabit di Azwen Resort, Hulu Langat,” kata kenyataan itu.


berita harian~~


You May Also Like

3 insan comel komen

  1. kesianye dieorang..hu2, sadis pulak bile bace artikel ni.


    btw, dulu ramai yg kate malaysia ni akan semalat dri sgale bencana, Now tengok... Malaysia pun tak terkecuali, dah banyak dah bencane jadi kat malaya ni :)

    ReplyDelete
  2. @uncle syaf~ yelah... Malaysia pon dah banyak bencana..lepas satu per satu..doa la banyak2 semoga takde bencana lagi lepas ni..

    ReplyDelete
  3. sedey dgr apa yg dh terjdi pda mereka..
    dulu yer la m;sia selamat..skunk m;sia pun dh ad bencana alam nie

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!