Terima Kasih Guru

by - 8:00:00 AM



Salam kalian....


Setiap 16 Mei tiap-tiap tahun kita menyambut Hari Guru. Tema Hari Guru pada tahun ni.. 

"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara".
Guru sering diibaratkan lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. ye tak..tugas guru pulak semakin mencabar. Kerana sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara, para pendidik perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan. apa sahaja perancangan yang telah dirancang oleh kerajaan sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sempurna agar apa yang tersirat dalam tema Hari Guru pada tahun ini dapat dicapai.

Dikesempatan ni daku nak ucapkan TERIMA KASIH GURU kepada guru-guru yang pernah mengajar daku
di Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan.
Sekolah Tinggi Port Dickson
Politeknik Port Dickson
dan 
Mahsa University Kolej
kerana daku sudah berjaya hingga ke tahap ini.

TERIMA KASIH GURU

terimalah kata-kata ni GURU,





Seorang insan ditabir malam
Tersenyum di balik kepayahan
Tidakkan layu mencurah ilmu
Luas lautan baktimu guru

Kau membentuk akhlak diri
Agar menjadi insan berbudi
Menyuluh gelita malam
Terangi kehidupan

Sayup dihatimu
Walau pedih jiwamu 
Kau mendidik tanpa jemu
Hanya mengharapkan
Sinar kejayaan
Doa restu dikau iringkan

Terima kasih cahaya hatiku
Tulus suci kasihmu
Oh Tuhan
Rahmati guru

Wahai guruku yang tercinta
Kan ku ingat segala jasamu
Harapanmu pasti ku kotakan
Agar menjadi insan gemilang


TERIMA KASIH GURU!!

You May Also Like

1 insan comel komen


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!