selamat hari ibu
Lakaran Kasih Buat Ibu
12:00:00 AM
Ibu….
Wajahmu sentiasa memancar ceria
Bibirmu tersulam senyum bahagia
Walau derita menyuntik sengsara
Kau sabar harunginya
Ibu…
Kau korbankan segala demi anakmu
Kau rela apa saja untuk menatap senyumku
Pengorbananmu cukup bermakna
Pengorbananmu amat berharga
Ikhlasnya kau melimpahkan kasih
Setianya kau menyulam sayang
Teguhnya ikatan mesra
Ibarat karang di lautan sana
Budi yang kau semai
Hanya tuhan yang tahu menilai
Tulusnya budi membentuk sahsiah terpuji
Ibu…
Hanya kau ratu hatiku
Hanya kau cahaya kasihku
Terima kasih ku rangkaikan
Atas untaian cinta yang kau sembahkan
Ku iring doa sepanjang hidupmu
Moga kau bahagia meniti usia
Kerana kaulah penyuluh jalan ke syurga…
"SELAMAT HARI IBU BUAT RAPIAH BT OTHMAN"
dan
ibu-ibu diluar sana ^_^
4 insan comel komen
semua nk sedih jee..
ReplyDeletebolehh tak bg yg hepi
hahaha =p
selamat hari ibu jugakk...
pung pung pung bunyi bunga api..
@far8 budak baik~ semua mengingati pengorbanan ibu,,tu yg ramai touching..hehee
ReplyDeleteselamat hari ibu buat semua kaum ibu ;)
ReplyDelete@ardini humaira~ selamat hari ibu jugak dan utk akak bakal ibu :)
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!