♥eTIPS
Petua Untuk Menghilangkan Ketagih Merokok
11:00:00 AM
Kalian tahu kan Merokok adalah tabiat yang merbahaya?? Jika kalian tidak merokok, jangan mulakan kerana dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit.
Jadi bagaimana nak menghilangkan ketagihan merokok? Amalkan cara di bawah
- Melengah-lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit.
- Tarik nafas kalian dengan panjang sekurang-kurangnya 5 kali dengan perlahan-lahan.
- Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan kalian ingin merokok selepas meminumnya.
- Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran kalian daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.
- Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.
- Sekiranya kalian berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.
- Lakukan senaman regangan setiap kali kalian merasa mengantuk kerana tidak merokok.
- Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha kalian untuk berhenti merokok itu berjaya.
2 insan comel komen
wowww..ngeri gila gambar,, mjur khalis tak merokok
ReplyDeletehuuu..baru saja berenti merokok...
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!