Rumah Anak Yatim Akan Di Robohkan

  Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat, iaitu lokasi kejadian tanah runtuh yang telah...



KEADAAN Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, 

Kajang, dalam kejadian tanah runtuh, hari ini. Laporan awal sebelum ini menyebut, 

kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah anak yatim itu dipercayai tertimbus dalam 

kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi. - Foto Yazit Razali 



Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat, iaitu lokasi kejadian tanah runtuh yang telah meragut 16 nyawa, akan dirobohkan sekiranya penilaian mendapati ia tidak selamat diduduki, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung.


Beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menjalankan siasatan daripada pelbagai aspek bagi menentukan sama ada lokasi penempatan rumah kebajikan itu sesuai diduduki.



"Sama ada rumah ini selamat atau tidak, kita akan serahkan pada JKR untuk buat siasatan lanjut dan teknikal dan jika didapati tidak selamat, majlis (Majlis Perbandaran Kajang) akan ambil tindakan untuk runtuhkan rumah ini," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini, lapor Bernama.



Dalam kejadian tanah runtuh kira-kira 2.30 petang semalam, seramai 25 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus dalam runtuhan tanah.



Enam belas orang terkorban dalam tragedi tersebut manakala sembilan lagi yang turut terperangkap dalam runtuhan itu selamat.


lagi photo

KEADAAN Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, 

Kajang, dalam kejadian tanah runtuh, hari ini. Laporan awal sebelum ini menyebut, 

kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah anak yatim itu dipercayai tertimbus dalam 

kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi. - Foto Yazit Razali

KEADAAN Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, 

Kajang, dalam kejadian tanah runtuh. - Foto Aizuddin Saad

KEADAAN Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, 

Kajang, dalam kejadian tanah runtuh. - Foto Yazit Razali

KEJADIAN tanah runtuh yang meranapkan asrama Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Aizuddin Saad

SUASANA sekitar Rumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia ketika operasi 

menyelamat kanak-kanak yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung 

Sungai Gahal di Hulu Langat. - Foto BERNAMA

PEMANDANGAN bahagian dalam bangunan lokasi tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa, Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat yang rosak teruk dengan dipenuhi tanah dan batu daripada sisa runtuhan. - Foto Zulfadhli Zulkifli


PASUKAN penyelamat mengeluarkan mangsa tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Aizuddin Saad

PASUKAN penyelamat mengeluarkan mangsa tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto Aizuddin Saad

MANGSA kejadian tanah runtuh diselamatkan. - Foto Aizuddin Saad

SUASANA hiba ketika melihat jenazah mangsa tanah runtuh Rumah Anak Yatim dan 

Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa. - Foto Rosli Rahmat

suasana hibanya Ya Allah




Ya Allah Ya Tuhanku
Ampunkanlah dosa-dosa mereka.
Cucurilah Rahmat ke atas mereka
Ya Allah Ya Tuhanku
Semoga anak-anak yatim ini di tempatkan di tempat orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al Fatihah




sumber : berita harian dan bernama

You Might Also Like

7 insan comel komen

  1. sedehh je tgk :'(

    ReplyDelete
  2. al Fathihah wat mereka..
    ya allah sedihnya tgok diorg mcm ni..

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah

    ReplyDelete
  4. Al-fatihah untuk mereka. semoga rohnya diletakkan dikalangan orang2 yang beriman. sedih tengok berita kt TV3 hari tu. akhirnya mereka berjumpa juga dengan ibu dan ayah mereka.

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar. Sedihnye tengok diorang. Yea, mungkin Allah lagi sayang mereka. Al-Fatihah

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!