berita terkini
Mayat dua beradik dijumpai
7:43:00 AM
Mayat dua daripada tiga beradik yang hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika berkelah di Hutan Lipur Ulu Bendul di sini petang kelmarin ditemui semalam.
Mayat Nur Syaza Alisa Said Ahmad, 5, ditemui pada pukul 3.15 pagi semalam oleh bapa saudaranya, Abdul Azam Wahab, 23, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.
Mayat adiknya, Nur Syaza Azira, 4, pula ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 10.20 pagi, kira-kira 2.5 kilometer dari tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Jaafar Baba mengesahkan penemuan mayat dua kanak-kanak itu dan usaha mencari seorang lagi mangsa, Nur Syaza Sakinah, 2, sedang giat dijalankan.
Sementara itu, Abdul Azam berkata, dia bersama beberapa orang meredah air sungai paras pinggang itu dan berenang untuk mencari kesemua mangsa yang hilang.
"Ketika itu apa yang saya harap kesemua anak buah saya yang hilang mesti ditemui walau apa keadaannya sekali pun," katanya ketika ditemui di Hutan Lipur Ulu Bendul di sini semalam.
Katanya, dia sedih apabila menemui mayat Nur Syaza Alisa dalam keadaan kepalanya cedera dan bibir pecah serta lebam.
MERATAPI PEMERGIAN... Ibu kepada tiga adik beradik yang lemas dihanyutkan arus deras di Hutan Lipur Ulu Bendul, dekat Seremban, kelmarin, Wan Azleela Wan Abdullah, 32, menangis ketika menatap wajah dua daripada tiga anaknya, Nurshaza Alisa dan Nurshaza Azira ditenangkan abangnya, Wan Aziz Wan Abdullah, 38, dan ibunya, Halijah Ahmad, 69 (kiri), di kediaman abang iparnya di Senawang, semalam.
p/s kesiannya kan.hilang 3 anak sekali gus.. tinggal lagi sorang je belum di jumpai. sama-sama kita sedekahkan AlFatihah.. Allah lebih menyayangi anak-anak itu..
berita sebelum ni baca sini --->> Ulu Bendol Air deras tiba-tiba
5 insan comel komen
Innalillahiwainnailaihiraji'un
ReplyDeleteTakziah kepada keluarga beliau...Allah lebih myayangi anak2 itu..
ReplyDeletesedihnya :(
ReplyDeleteaku dapat balik jumpa achik iela aku ni pon afta kebumi . time tuh dia mmg dah down gila . aku ingat aku sempat jumpa bebudak uh . tapi aku lambat sebab aku keje masa tuhh . aku baru je beraya dgn drng last year . berebut muruku . uhmm . sekarang operasi besarbesaran sedang mencari yang last uh . macam macam cara dah kita org guna . ni jap lagi aku nak gerak g ulu bendul . doakan aku selamat . adiosssss .
ReplyDelete@e'EyjiEya~ kesiannya kan...harap2 jumpa yang last tu..dah berapa hari ni susah tul nak jumpa.. rasa mcm ulu bendul tu air tak la deras sgt..wallahualam..
ReplyDeletesemoga awk dan keluarga tabah yer..
Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!