Tuesday, May 31, 2011

Salih Yaacob Lafaz Akad Nikah 2 kali


“Debaran yang saya rasakan ketika akad lafaz nikah kali ini amat luar biasa. Tapi, Alhamdulillah semua berjalan lancar dan saya bersedia menunaikan tanggungjawab sebagai suami Emi,” kata pelakon dan penyampai radio, Salih Yaacob 

Salih diijabkabulkan dengan Samihah Sheikh Ali, 25, atau mesra dengan panggilan Emi di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, di sini, pada kira-kira jam 3.40 petang semalam, sekali gus melengkapkan kuota empat isteri yang dibenarkan ajaran Islam.


“Saya akan berkongsi kegembiraan dengan berbulan madu di China tidak lama lagi dan lebih menarik, keempat-empat isteri dan semua anak akan menyertai rombongan, namun saya belum menetapkan tarikhnya,” kata Salih.

Menurutnya, walaupun pernah bernikah tiga kali, debaran dirasainya kali ini berbeza hingga dia melafazkan ikrar nikah dua kali.

Malah, telatah penyampai radio Sinar FM itu yang seolah-olah bergurau, membuatkan kira-kira 100 saudara-mara ketawa seketika sebelum lafaz kedua disahkan jurunikah, Mohd Fahmi Samad.



5 comments:

  1. WuMing ada buat entri tentang Cik Azizah... tengok laaaa

    ReplyDelete
  2. sempat lagi abang jem bergurau sebelum akad nikah yer...maklumlah orang ada pengalaman yer...tapi kenapa sampai dua kali lafaz?..hehehe

    ReplyDelete
  3. wuming~ yeker..nak pergi terjah la ni

    ReplyDelete
  4. khairil~ sebab nikah dgn org muda ni dia rasa debar lain mcm..kahkahkah

    ReplyDelete
  5. khairil~ sebab nikah dgn org muda ni dia rasa debar lain mcm..kahkahkah

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!