Menghadapi Masa Tua..gerunnya...

Assalamualaikum kalian... Bila dah meningkat usia ni mulalah merasakan diri ni cepat sangat lupa. Bagaimana pula dengan kalian? ka...



Assalamualaikum kalian...

Bila dah meningkat usia ni mulalah merasakan diri ni cepat sangat lupa. Bagaimana pula dengan kalian? kalian pernah tak merasakan orang di sekeliling selalu marahkan kalian kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta-fakta, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi. Sebenarnya, kita dapat meningkatkan daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan petua-petua ini secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak lah menjadi terlalu pelupa. betul tak.

Amalkan Tidur yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa kalian tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan kalian terganggu. Kalian juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Kalian tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan kalian juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan kalian dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati-hati dengan pengambilan vitamin atau makanan tambahan.
Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan seimbang atau rujuk dulu doktor yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam.
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup kalian tidak ceria. Kalian sentiasa berada dalam kedaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan kalian dan membuat kalian tidak hirau dengan persekitaran kalian. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatrik atau beramal ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika kalian menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu Yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran kalian dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, Catur, scrabble (sahibba) dan monopili. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sabagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit sebanyak fakta yang terkandung didalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali
Untuk mengingati ingatan kalian tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga kalian benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Bermain dengan Angka
Asahkan minda kalian dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu,kalian boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Membaca Al-Quran
Mari amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat sehari. Membaca Al-Quran dapat menerangkan jiwa, menenangkan perasaaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.




You Might Also Like

6 insan comel komen

  1. Masa tua itu hanya duduk menanti untuk kita sampai kepadanya sahaja...kdg2 x perlu berjalan kepadanya sebab ia akan tiba pula kepada kita...

    apapun..bagus info awak tu utk perkongsian kita semua....

    p/s: ada yang sudah tua tetapi jiwanya masih muda....

    ReplyDelete
  2. @khairil~ yup betul tu...jijah sokong! tapi ni lebih perkongsian untuk mengelakkan dari cepat pelupa/nyanyuk...hehe

    ReplyDelete
  3. baik jijah..bagus jijah pos2 bende2 macam ni

    sesuai untuk orang tue macam uncle...he3

    ReplyDelete
  4. uncle syaf~ ala uncle ni,,macam la tua sgt..ekeke :p ni nak cegah dari penyakit lupa je..

    ReplyDelete
  5. bekalan tips untuk cik dee da tue nanti. hihi.
    tq jijah!

    ReplyDelete
  6. dydy~ hehe mekasih dear...info yg boleh disampaikan..ngee~~

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!