Datuk K Tidak Benarkan Siti Nurhaliza Masuk Askar Jika Hamil

Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa (Datuk K) tidak menghalang isterinya Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyertai latihan sebagai Ask...





Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa (Datuk K) tidak menghalang isterinya Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menyertai latihan sebagai Askar Wataniah melainkan sekiranya wanita itu mengandung.
Kata Datuk K, selepas melihat syarat-syarat penyertaan, dia tidak mempunyai halangan sebaliknya memberi dorongan kepada Siti untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkenaan.
“Saya benarkan Siti menyertainya sebab dia bukannya perlu masuk hutan dan menghabiskan masa untuk latihan selama berbulan-bulan seperti askar biasa.
"Sebaliknya dia hanya perlu menjalani latihan pada hujung minggu atau pada waktu lapang dan boleh berulang-alik dari rumah.
“Dalam masa yang sama kalau dia mengandung, mungkin saya tidak membenarkan dia menyertai pasukan itu. Setakat ini dia belum hamil lagi,” katanya.
Jelasnya, dengan penyertaan Siti dalam pasukan itu sekurang-kurangnya mampu memberi galakan kepada orang lain untuk menyertai pasukan berkenaan.
Malah beliau juga akan menggalakkan anak-anak lelakinya mengikuti jejak serupa.
“Saya tahu aktiviti yang dijalankan agak lasak seperti latihan menembak dan kawad kaki.
"Bagaimanapun, saya akan memberikan sokongan moral kepada dia memandangkan dia agak meminati bidang tersebut.
“Dengan menyertai pasukan itu, sedikit-sebanyak ia boleh menghilangkan stres. Selain itu, dia boleh memberikan galakan kepada orang lain kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada negara kita pada masa akan datang,” katanya lagi.

You Might Also Like

2 insan comel komen

  1. klu dia msuk askar..jdi phkat apa ek.. hehe

    nway..dtg singgah sini dah terus follow ;) , selamat berkenalan lau sudi jemput la sni

    ReplyDelete
  2. @shopping2u~ hehe entah la kan..selamat bkenalan..dah datang da sana..ekeke :P

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!