Sambut Hari Jururawat sebagai Staff Nurse

Alhamdulilah.. hari ni hari yang paling di tunggu-tunggu oleh jijah.  Selamat Hari Jururawat 12 Mei Tarikh yang di...



Alhamdulilah..

hari ni hari yang paling di tunggu-tunggu oleh jijah. 

Selamat Hari Jururawat 12 Mei




Tarikh yang di pilih untuk mengenang tarikh lahir Florence Nightingale iaitu 12 May 1820. Kerjaya jururawat yang kini di anggap kerjaya profesional yang memerlukan kelayakan yang tinggi. 

Selamat Menyambut Hari Jururawat.


First time jijah menyambut hari jururawat ni sebagai seorang Staff Nurse. sebelum ni jijah sambut sebagai student lagi. eh kalian.. bila sebut jururawat jer terbayang la seorang perempuan yang berperwatakkan cantik, muka yang manis dengan senyuman yang menawan.. miahaha tu sebab lah jururawat boleh jadi cantik.  wehuuu^^  macam jijah kan.. wee~~


Alhamdulilah. dah sampai juga tahap ni jijah mencurahkan bakti pada kesihatan negara.


jijah paham ramai tak sanggup nak jadi jururawat

"ish...tak ingin daku jadik 'nurse'.Pegang tahi org sakit!"

dengan profession ini. jijah belajar banyak perkara sebab jijah berhadapan dengan banyak ragam manusia. bukan setakat ragam pesakit tapi juga para doktor..cuma kadang-kadang terkilan dengan sikap sesetengah orang menganggap jururawat sebagai "amah" tapi tetap pendamkan dalam hati. mungkin dia tidak berniat nak cakap macamtu sebab dia dalam keadaan sakit..

kadang-kadang berdepan dengan manusia yang.."saya bayar maaa...saya punya suka laaa" tapi dalam masa yang sama kesian juga..mungkin dia tak tahu polisi-polisi,syarat-syarat yang dia tak boleh beli..hurmmmm

tapi pernah juga air mata jijah menitis...menyaksikan isteri meninggalkan si suami, terharu melihat kegembiraan seorang lelaki akan bergelar ayah...kadang sedih melihat seorang nenek tua tiada berteman...
kadang menyampah bila melihat lagak anak-anak tak ingin menyentuh pakaian ibunya sendiri yang dibasahi air kencing.

ketika memberi bantuan kecemasan jijah sering berdoa "Ya Tuhan,kembalikan lah nafas nya" membantu sedaya mungkin...biar pun badan sendiri sakit gara-gara "chest compression" & "bagging" tapi adalah satu kepuasaan kalau melihat 'DIA' selamat...dan turut bersedih jika Tuhan lebih sayangkan nya...

apa-apa pun hanya jururawat faham perasaan seorang jururawat. kalau boleh jijah nak jadi jururawat idaman semua orang dan membantu hingga akhir hayat.

Semoga hari jururawat ni jijah dapat memperbaharui azam dan memperteguhkan tekad untuk menyumbang kepada pesakit dan jugak pembangunan kesihatan negara.

Selamat Hari Jururawat Buat Semua Jururawat Malaysia

dan kepada rakan seperjuangan jijah





Kami Sedia Membantu

~*Penyayang *Profesionalisme *Kerja Berpasukan~



You Might Also Like

5 insan comel komen

  1. selamat hari jururawat..besar tanggungjwb 2...

    klu free jwp soalan nie..

    http://sweetchoc91.blogspot.com/2011/05/ehtu-henset-saya-ok.html

    ReplyDelete
  2. wah! slmt hari jururawat kak jijah. :)

    ReplyDelete
  3. HAPPY NURSES DAY...
    FROM SN NORSUHAIZA...
    GUD LUCK...
    SABAR & SENYUM SELALU
    :)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!