♥ePETUA
Petua Untuk Mengubati Gusi Berdarah
3:30:00 PM
Baiklah kalian...Melalui info ini, penyakit gusi boleh terjadi seawal peringkat kanak-kanak lagi. Selari dengan peningkatan usia kalian, ia boleh jadi semakin teruk.
Penyebab utamanya adalah bakteria dalam plak yang menghasilkan toksin.
Proses tersebut akhirnya mengakibatkan gusi kalian bengkak, merah dan mudah berdarah. Hal ini juga dikatakan ada kaitannya dengan;
a. Mulut kering.
b. Kurang menjaga kebersihan mulut.
c. Diabetes.
d. Tabiat merokok.
e. Perubahan hormon (contohnya: saat sedang meningkat remaja atau ketika mengandung).
Sehubungan itu, sekiranya kalian mengalami masalah gusi berdarah, berikut adalah petua mengubatinya:
1. Ambil beberapa helai daun bacang (daun machang) dan bersihkan ia.
Kemudian, kalian masukkanlah daun bacang tadi ke dalam periuk yang dah diisi dengan air.
3. Kemudian, masukkan pula beberapa helai daun inai yang bersih ke dalam periuk yang sama.
4. Seterusnya, rebuskan kesemua daun tadi hingga mendidih.
5. Setelah air rebusan tadi mendidih, masukkan sedikit asam gelugor dan garam secukup rasa.
6. Suamkan sedikit air rebusan di atas terlebih dahulu ke dalam gelas.
7. Selepas itu, masukkan air tadi ke dalam mulut, biarkannya lebih kurang dalam 3 minit dan kalian berkumur-kumurlah dengannya.
Lakukan petua ini 2 kali sehari iaitu sekali pagi dan sekali pada waktu malam. Amalkan sehingga 3 hari berturut-turut.
2 insan comel komen
whoa..good info !:))
ReplyDeleteermm petua yang baik sekali. tapi syukur masa budak dulu ada juga le gusi berdarah .. sekarang dah okey .. tak pernah dah berdarah ..
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!