Segmen " Selamat Hari Guru Cikgu"

Salam kalian... tik tok tik tok... sekejap je masa berlalu..sekarang dah bulan 5 kan.. kan daku dah bagi tahu bulan 5 ada...



Chegu Zubir

Salam kalian...

tik tok tik tok...

sekejap je masa berlalu..sekarang dah bulan 5 kan..

kan daku dah bagi tahu bulan 5 adalah bulan yang menarik..dan salah satunya ialah
SELAMAT HARI GURU CIKGU

ok mari kita bersegmen dengan Chegu Zubir.
klik banner kalau nak join

 nama guru yang anda masih ingat...dan kenangan bersama...

cikgu Azali guru kelas daku masa tingkatan 5..cikgu Azali ni mengajar subjek math.. daku dalam kelas kalau math memang tak minat langsung lebih-lebih kalau dia ajar memang tak paham..muahaha
tapi kenangan dengan dia apabila dia suka sangat kalau suruh daku tulis nama pelajar dalam buku kedatangan. biasanya kan cikgu tulis.
tapi ni tak die memang malas nak tulis..katanya tulisan daku cantik..hahaha
tu yang dia suka daku tulis padahal ketua atau penolong kelas pon tulisan cantik gak tapi nak jugak tulisan daku ni..hehehe

ucapan untuk guru anda...

cikgu..

Wahai guruku yang tercinta

Kan ku ingat segala jasamu
Harapanmu pasti ku kotakan
Agar menjadi insan gemilang


Terima kasih cahaya hatiku

Tulus suci kasihmu
Oh Tuhan
Rahmati guru...



dan sedikit madah untuk cikgu

"Hak Guru lebih agung dari hak ibubapa sebab orang tua lah penyebab adanya kita sekarang 
dan kehidupan yang fana,
sementara guru,
penyebab hidup yang kekal.
sekiranya tiada guru,
nescaya apa yang di hasilkan dan di arahkan oleh orang tua akan celaka selamanya"
~imam Al-Ghazali~



tamat
15mei2011 11.59malam

You Might Also Like

2 insan comel komen


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!