Harapan Cik Azizah Sempena Hari Lahir Semalam :)

Assalamualaikum... Dah genap lah usia Cik Azizah berumur 23 tahun 1 hari. hish. sudah semakin meningkat usia remaja nampaknya....



Assalamualaikum...

Dah genap lah usia Cik Azizah berumur 23 tahun 1 hari. hish. sudah semakin meningkat usia remaja nampaknya. dengan itu amalan kebaikan haruslah sentiasa di pertingkatkan. tak gitu? baik lah. ini sedikit lirik lagu yang jijah petik dari kumpulan nasyid Saujana. tapi jijah ubah mengikut kesesuaian sempena hari lahir jijah. semoga lirik lagu ni membuatkan jijah sentiasa beringat dengan duniawi dan syurgawi. InsyaAllah..


Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirku
Nur Azizah

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa dihulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia


Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihiasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanku Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir jijah

Usiaku Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi...

Selamat Hari Lahir



terima kasih yang berjuta-juta lemon kerana sudi mengucapkan birthday kepada jijah. budi jasa dari kalian semoga Allah sahaja membalasNya. terharu.. terharu. terharu.


selamat beramal jijah!!


You Might Also Like

5 insan comel komen


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!