Budak Lemas l lakukan CPR l Meninggal

semalam masa daku syif malam. daku pergi keje jam 9 malam. siap sampai hospital parking kereta kemudian  daku lalu kat kawasan bilik mayat....


semalam masa daku syif malam. daku pergi keje jam 9 malam. siap sampai hospital parking kereta kemudian  daku lalu kat kawasan bilik mayat. hati ni tertanya kenapa ramai-ramai orang kat kawasan luar bilik mayat ni. memang tak teringat langsung ada kes kematian kalau ramai kat bilik mayat tu. ya lah. pergi keje hati senang tak terpikir lah takut hantu ke ape.

then daku tanya guard kat situ kenapa ramai-ramai ni. dia kata ada mayat. oppppppsss daku dah gerun dah! patut lah pon ramai. mungkin sanak sedara la tu kot. tapi tak nampak lah keluarga menangis ke ape.

so abaikan orang-orang kat bilik mayat tu. jadi daku pon berlalu lah pergi punch card. masuk je ward. ada ramai lagi orang kat suatu katil kanak-kanak ni. emm masa ambil laporan dari staff petang rupanya ada history daripada kanak-kanak ni.

mereka kata kanak-kanak ni yang berusia 10 tahun mandi pantai teluk kemang tu. tiba-tiba entah macamana budak ni lemas. mungkin dah terkapai-kapai kat laut. ada seorang pakcik ni nampak budak ni lemas jadi dia bawak budak ni ke tepian pantai. memang masa tu budak tu dah unconcious/ coma. pakcik ni buat CPR untuk memberi balik pernafasan kat budak lemas tu. kalian tahu tak CPR tu ape??? kalau tak tahu kalian memang lah gonjeng. hahaha oh dah dah.. balik kepada citer. memang setelah buat CPR budak tu dah sedar. memang banyak lah air laut keluar dari mulut hidung dia.

culik kat pakcik gugel


tapi sedihnya...

setelah buat CPR kat budak yang lemas tu pakcik tu meninggal dunia.. Innalilah. kesiannya. daku rasa pakcik tu mungkin mengalami heart attack secara tiba-tiba. mungkin sebelum ni pakcik ni ada penyakit jantung. tapi melihatkan budak lemas ni pakcik ni sanggup turun memberikan bantuan.

dan di sini daku ingin mengatakan yang pakcik ni tahu asas-asas melakukan CPR setelah ternampak budak lemas ni. yalah dalam keadaan kelam kabut tu untuk menyelamatkan nyawa seseorang tu lah yang paling penting! bila kita tahu asas CPR kita dapat menyelamatkan nyawa seseorang itu.

tapi itulah ajal maut di tangan Allah,

pakcik tu menyelamatkan budak lemas tapi sendiri pergi dulu. kalau tak mungkin budak tu dah tentu lemas jika tak dapat diselamatkan kat pantai.
mari lah kita sama-sama berdoa semoga roh pakcik tu aman dan tenteram. budinya menyelamatkan nyawa seseorang sangat mulia! semoga mayatnya di terima sebagai mati syahid.

Takziah kepada keluarga arwah pakcik tu. Al Fatihah....


You Might Also Like

8 insan comel komen

  1. mulianya niat pakcik tu.. meninggal selepas menyelamatkan nyawa orang lain.. semoga ditempatkan dikalangan orang beriman dan beramal sole, amin... Al-Fatihah

    ReplyDelete
  2. @ardini humaira~ Alfatihah...mmg mulia betul tingkah laku pakcik tu...semoga amalan baiknya d terima Allah.. AlFatihah~~

    ReplyDelete
  3. al-fatihah..

    mungkin ajal pakcik tu dah tiba...kesian kan...sekurgnya arwah dah selamatkan nyawa budak tu..

    ReplyDelete
  4. innalillah . sedihnya :( mulia sungguh niat pakcik tu nak menolong . moga , arwah pakcik berada dikalangan orang yang beriman . amin . budak yang lemas tu umur berapa ?

    ReplyDelete
  5. sempat melakukan amal sebelom ajal menjempot.. moga rohnya dicucuri rahmat..moga saya juga dapat berbakti sebelom ajal datang menjempot..ameen...

    ReplyDelete
  6. takziah pd keluarga mangsa..
    al-fhatihah..

    P/s: jijah na ker tiket wayang tuh? muvee 10hb kul 9mlm kat midvalley..klu nak ayung bg..nak?

    ReplyDelete
  7. ayung~ movie jam 9malam kat mid? ala jauh la yung...xnak la..hehe ingatkan boleh tgk kat seremban je..hee

    ReplyDelete
  8. @aqilah kamarudin~ umur budak tu 10 tahun.

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!