♥ePETUA
Petua Untuk Elakkan Mabuk Darat, Laut dan Udara
12:00:00 PM
Hai kalian...
Pernahkah kalian rasa. apabila menaiki kenderaan untuk perjalanan yang jauh kalian akan berasa mabuk,pening dan muntah... ya. daku adalah salah seorang yang mengalami penyakit ini. daku tak boleh jalan jauh pasti akan mabuk.
Di sini daku nak bagi Petua untuk Mengelakkan Mabuk Perjalanan
1) Bagi yang sering mabuk darat, jangan lupa makan ubat mabuk sejam sebelum perjalanan. boleh di dapati di Farmasi berdekatan.
2) Hindari aktiviti membaca terlalu lama ketika dalam perjalanan.
3) Dengarkan alunan muzik yang disukai. Muzik yang tidak disukai atau rasa membosankan juga dapat menimbulkan rasa mual. Biarlah muzik itu tenang dan tidak terlalu kuat.
4) Pastikan kalian duduk searah perjalanan. Jika dalam kenderaan, lihat pemandangan di kejauhan seperti gunung atau sawah padi. Jangan tengok jalanraya atau ape. pasti pening.
5) Hindari makanan pedas dan berminyak sebelum dan ketika dalam perjalanan. Usahakan juga supaya perut tidak terlampau kenyang sebelum atau semasa perjalanan.
6) Ambillah masa untuk berhenti rehat di beberapa perhentian terutama dalam perjalanan yang jauh.
7) Pastikan air kosong yang dibawa mencukupi sepanjang perjalanan.
8) Jika menaiki kereta MPV yang memiliki tiga baris kerusi, pilihlah baris kedua yang kurang terhuyung-hayang.
9) Jauhkan asap rokok kerana selain mengganggu saluran pernafasan, ia juga membuatkan kalian berasa mual.
10) Makan makanan seperti jeruk,limau yang masam-masam apabila terasa mabuk dan ingin muntah.
11)Bawak plastik beg atau sebagainya sebagai persediaan
sekian terima kasih ^^
0 insan comel komen
Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!