selamat hari ibu
Peranan Ibu Muslimah
11:26:00 AM
Selamat Hari Ibu ^_^
Di samping tugasnya sebagai suri rumahtangga, wanita Islam juga mempunyai peranan penting sebagai seorang ibu. Tugas keibuan dalam Islam bukanlah sekadar menjadi isteri, mengandung, melahirkan serta mengasuh anak, kerana sifat yang sedemikian juga ada pada haiwan.
Keibuan dalam Islam ialah mempunyai jiwa dan perasaan sebagai ibu yang bersifat penyayang, lemah lembut, tidak mementingkan diri sendiri, kasih terhadap anak-anak, bahkan sanggup berkorban dan bersusah payah melaksanakan kerja-kerja dalam urusan rumahtangga.
Keibuan juga bererti mengukuhkan kedudukan keluarga yang menjadi asas generasi Islam dalam lingkungan keluarga. Peranan keibuan adalah amat penting kerana ibu adalah di antara orang yang akan mencorak dan membentuk keperibadian anak-anaknya, sebagaimana maksud dalam sebuah hadis :
"Tidak ada seorang yang lahir melainkan menurut fitrahnya, maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
4 insan comel komen
selamat hari ibu untuk mummy saye dan ibu awak dan ibu2 di seluruh dunia.tanpa beliau, siapelah kite. ibu adalah segala2nya.. (:
ReplyDelete@cik azeya~ selamat hari ibu jugak untuk ibu cik azeya dan seluruh malaysia :)
ReplyDeleteagak2 nnti aku boleh
ReplyDeletemengandung takk???
hahahaha =p
selamat hari ibu waaa hak3
@far8 budak baik~ hahahah sengal lah farid ni... ko nak ke..lalala selamat hari ibu gak farid :)
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!